hanya tinggal kenangan •baby kitten🐈


comel kan budak ni 😊 tapi sayang bukan rezeki aku nak bela dia sampai besar . aku redha anje pergi walaupun hati ni macam nak meletup sedih . sempat jaga dalam sebulan gitu dan akhirnya dia pergi tinggalkan aku sama macam baby 😢 aku sayang macam anak sendiri . jaga macam nyawa sendiri tapi dah ajalkan nak buat macam mana . aku nangis airmata darah pun anje and baby takkan balik pada aku 😭 lepas baby mati , bulan 12 tahun lepas , sedih dia jangan cerita la kan . mana tak nye . jaga dorang sama macam jaga baby orang . bagi susu botol , jaga makan dia . kalau tengah tidur dorang mengeow nak susu , gagah jugak bangun buatkan . tiap masa tiap hari itu je yang dihadap . kononnye dah taknak bela kitten lagi . tapi tiap masa rindu kat baby . rindu everything tentang dia sampaikan kadang tak sedar airmata duk ngalir . sampailah one day adik whatsapp tanya nak jaga anak kucing ke tak . kesian dia sekor je takde mak or adik beradik lain . tak pastila orang buang or mak kucing tercicir anak 😄 aku ni jenis pantang and jenis cepat kesian . gigih lah pergi kedai adik tu sebab nak ambil anje . masa sampai dia takde . duk pulak carik bawah lubang longkang sambil panggil akhirnya keluar lah si anje . masa adik whatsapp gambar aku ingat besar sikit lah dalam 3-4bulan . sekali keluar alala kiut miut kecik molek je maybe dalam sebulan or lebih . aku just agak je sebab memang kecik sangat . harapkan bulu je tebal . masa sampai kat rumah baru perasan bulunya kembang . warna bulu pon sama macam baby , and aku pon buat keputusan nak jaga anje sebab adik lagi sorang tak reti nak jaga bagi susu bagai . dia duk jaga kucing lain . berat hati sebenarnya nak jaga anje sebab takut pisang berbuah dua kali tapi sebab kesian , jaga jugak . belikan botol susu and susu . start haritu aku dah mula sayang . pergi mana² aku angkut anje . sayang nak tinggalkan . tapi .. hari rabu haritu buat aku kehilangan lagi 😢 anje kena cirit teruk masa hari selasa . sebelum tu cirit gak tapi tak teruk . aku bgi ubat cirit . bagi makan dada ayam . pon sama tak elok² . stopkan susu kejap tapi kesian pulak anje taknak minum air jarang . hari isnin bawak g vet . doc tak check langsung dia just cakap soh bagi ubat cirit , kalau teruk 4jam sekali bagi makan ubat . aku pon bagi lah 4 jam sekali , bagi air glukos , makin teruk pulak ciritnye . hmm ... dari debab sampai kurus kering dalam masa sehari lebih je . badan anje hilang banyak air . sumbat air glukos dia taknak minum . aku paksa jugak sumbat air bagi dia telan . tapi takdir Allah takde siapa tahu . pagi rabu tu aku nampak anje lemah sangat dah . and aku nampak lehernye meregang sampai belakang badan , aku tahu anje dah tak lama . masa tu pon di still cirit . dari pagi aku tunggu anje hembuskan nafas terakhir , tapi petang baru dia pergi and masa tu aku tertidur sebab mata berat sangat tak cukup tidur . airmata jangan kata lah kan . tapi aku redha anje pergi . cukup lah masa sebulan Allah pinjamkan jaga anje . walaupun aku harapkan dapat jaga anje sampai besar . tapi Allah lebih sayangkan anje . ikutkan hati aku serik dah . sebelum jaga baby aku dapat jaga 3 ekor baby baru lahir dalam seminggu dua umur . mata pon tak bukak lagi . tapi 3 ekor baby tu bukan sibling . lain hari lain masa . tapi umur memasing tak panjang . nak cari ibu susuan takde . gigih google cara jaga tapi tetap bukan rezeki nak bela lama . menangis lah den sesorang sebab anak mati huhu tapi kalau ada jodoh jumpa baby meow lagi , In Shaa Allah aku ambil and jaga . tak sampai hati nanti nak biar gitu je . kat rumah ni ade 10 ekor 4 baby baru lahir tapi adik yang jaga . aku tukang bawak balik anak² kucing je haha tapi besar² dah semuanya . 8-9 ekor jugak mati sebab virus/sakit . latest anak dara cun aku mati mengejut . sakit tak ape tak tetibe je dengar adik aku menangis . aku rasa anak dara aku tu kne heart attack kot sebab aku pon terkejut dia mati padahal masa tu dia tengah lunch . sedih gile rasa . tapi nak buat macam mana . dah ajal . bukan semua yang kita miliki akan kekal jadi milik kita . kan .

♡ rindu abah ! ♡


terlalu banyak rindu tersimpan dalam hati . rindu senyuman abah , gelak tawa abah , bila abah marah , tapi sebenarnya abah penyayang . tak pernah sekali pun abah jentik anak2 dia . marah pun sebab buat salah . tapi aku tak pernah pun kena marah . anak kesayangan huhu tapi dah kne sailang dengan adik2 so kesayangan tua lah haha hmm aku rindu masakan abah . aku rindu nak tengok abah tengok bola . meriah ..sampai mak pon terikut duk teman abah tengok bola . paling best bila gol . suka betul dia . tu lah detik yang aku rindu . tapi dah tinggal kenangan . tak sempat aku nak bagi kesenangan pada abah . abah dah pergi dulu . aku paling suka bila abah masak ikan masak terutup ..serius ..my kesukaan . tapi mana nak dapat lagi . mak kata masak sendiri .. mana nak sama dengan air tangan abah . masa abah masuk emergency tu sebenarnya adik aku pon baru check-in wad besalin . 8lebih malam abah meninggal . dia pon cm baru bukak sikit . dapat jugak keluar . kalau tak aku tak dapat bayangkan macam mana dia nak hadap sorang diri dalam wad tu . Alhamdulillah Allah permudahkan semua . adik aku pon takde gesa nak besalin . petang baru masuk balik . malam tu baby pon lahir . Allah ambil abah . Allah gantikan dengan anak sedara baru . tapi kesian abah . tak dapat tengok cucu baru dia  . kawan abah ada cerita , abah bagitau entah sempat ke tak dia nak tengok cucu baru dia . rupanya tak sempat . takpe abah . nanti dia dah besar , akak bawak dia jenguk abah . kehidupan aku tanpa abah ? lain jugak rasa . tiap minggu aku balik tuk jenguk abah mak dengan adik2 . tapi sekarang cuma dapat jenguk kubur abah je . takde dah nak melawak dengan abah . perubahan saat akhir abah memang takde sorang pon sangka tu tanda abah nak pergi . abah selalu suruh anak dia buatkan air . padahal selalunya abah buat sendiri kalau nak minum . paling ketara bila abah seboleh-boleh nak suruh buatkan kenduri tuk arwah kak iza . sebab mak nak buat kenduri bila adik habis pantang . tapi abah suruh jugak buat bulan 12 tu . tak sangka rupanya untuk tahlil dia jugak :'( sayangnya aku pada abah takkan dapat diungkap dengan kata-kata . dari kecik abah la yang manjakan aku . tak pernah abah tak penuhi permintaan aku . walaupun aku salah tapi abah tegur baik-baik . tak pernah pon abah cakap kasar dengan aku . aku rindu semua tentang abah . takkan ada pengganti tempat abah dalam hati aku . abah lah selamanya kekasih hati aku . sampai sekarang ni pon , aku anggap abah masih hidup , sebab dalam hati aku , abah tetap hidup selamanya . aku dapat rasa abah dekat dalam hati aku . Ya Allah ..semoga kau tempatkan abah disyurga-Mu ..ampunkanlah segala dosa-dosa abah ..aminn ..

                              

2015 tinggal kenangan


pernah tak kau rasa ? dalam tahun yang sama cuma jarak masa 4 bulan , kau kehilangan lagi orang yang penting dan paling kau sayang . 8.8.2015 sahabat baik aku pergi . 22.12.2015 lelaki pertama dalam hidup aku , kesayangan dan nyawa aku , pergi tinggalkan aku . abah aku pergi tinggalkan aku selamanya . tak ada kata yang mampu aku luahkan . bila doktor kata abah dah tak ada . hilang semua semangat diri . bila dapat tahu abah masuk emergency , Tuhan je yang tahu perasaan aku . aku rasa darah aku lenyap dari tubuh badan . kaku .. sepanjang perjalanan aku menangis , berdoa dalam hati moga Allah selamatkan abah . aku berharap semampunya agar Allah tak ambil nyawa abah . tapi takdir Allah . tak ada siapa yang boleh menidakkan ketentuan Dia . sampai hospital abah masih dalam rawatan . dapat jenguk abah kat dalam tapi sebaknya tak terkata . tak sanggup rasanya tengok abah macam tu . bila nampak doktor tekan dada abah .. sakit aku rasa . memang tak ada harapan untuk abah sebab jantung abah cuma 15% je kalau tak silap yang hidup . selebihnya dah mati . kau dapat bayangkan tak apa perasaan aku masa tu . menangis air mata darah pun takkan mampu hidupkan jantung yang dah mati . 2jam lebih abah duduk dalam tu . dalam keadaan yang sama . sebak hati aku . mesti abah sakit masa tu . dan akhirnya doktor buat keputusan tuk cabut alat yang dia masukkan dalam mulut abah dan ..jauh disudut hati aku tak nak bagi doc cabut tapi tak guna seksa abah sebab masa tu pon sebenarnya abah dah tak ada . Allah ..gelap dunia aku rasa . kekuatan yang ada pon macam dah nak hilang . satu dugaan yang berat bila aku terpaksa terima kenyataan yang Allah dah ambil nyawa abah . tapi aku tetap kena kuat untuk mak dan adik2 . aku keluar dari hopital . menangis sepuasnya ..hmm aku rindu abah . sebelum ni 4-5 kali aku mimpi abah meninggal . dalam mimpi aku menangis sampai terbawa ke sedar . aku doa moga Allah tak ambil nyawa orang-orang yang aku sayang sebelum aku . sebab aku takut tak dapat terima kenyataan . tapi Alhamdulillah . Allah bagi sikit kekuatan tuk aku . aku redha Allah ambil sahabat dan abah aku . 2 orang insan yang aku sayang . Allah lebih menyayangi kak iza dan abah . Al-Fatihah

                             

Takkan selamanya ..


Mungkn hari ini aku gagal
Tapi tak bererti aku gagal selamanya
Gagal tak bermaksud kalah
Gagal tak membawa erti tewas
Cuma perlukan masa untuk bangkit dari kegagalan

Jauh aku terpinggir
Hilang dari terangnya bulan
Tersembunyi disebalik awan gelap
Sukar untuk diungkapkan
Tapi itulah kenyataannya
Hidup aku kelam
Jiwa aku suram
Aku tewas dalam permainan dunia

Berharap esok aku akan bangkit
Menebus segala kegagalan
Meraih semua kejayaan
Dan aku yakin mampu
Hidup dengan penuh kemenangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...