learn about


untuk you ❤


ohhh ! ! diary


Masa zaman muda dulu aku ada diary
cuma guna buku-buku sekolah yang tak habis aku guna
dulu bukan macam sekarang
diary offline ada online ada
senang kata macam-macam ada lah
kalau dulu bila hati aku sedih or tak tenang
aku selalu luahkan kat buku
kalau tak pun kat sahabat baik aku
tapi sekarang tak macam dulu dah
semua dah berubah
buku dah tak jadi diary aku lagi
and sahabat aku bukan lagi tempat aku mengadu nasib
yelaa siapalah aku nak dibandingkan dia
dia ramai kawan tak macam aku
:lalala
tapi Tuhan gantikan dia dengan orang lain
sahabat baik zaman moden
tak payah duduk dekat-dekat pun takpe
janji dapat mesej or text kat pesbux pun boleh
tapi malu jugak kadang nak suruh dia baca text-text aku
sebab . . takut dia bosan
aku kalau text mengalahkan karangan
semput jugak mata aku tengok
apalagi dia kan
tapi kadang aku pendam je
tak nak susahkan sesiapa
tapi kalau dipendam sangat pun sakit jugak
arghh aku tak tahu nak buat apa
last-last aku text sendiri and baca sendiri
tapi suboh ni aku nak text kat kau blog
can ha ? can lah eh
:lalala
sekarang ni aku rasa macam nak menjerit
tension nya rasa
kalaulah aku mampu undurkan masa
takkan sesekali aku pilih jalan hidup yang macam ni
kalaulah aku mampu. . . .
tapi aku tak mampu !!!
:majuk
kalaulah ada yang sanggup nak gantikan tempat aku
ambil semua beban kat otak aku
sapu bersih semua sakit hati yang ada ni
mesti masa tu akan menjadi hari bahagia untuk aku
tak guna dah nak menyesal sekarang
ye . . semua dah tak guna
tak guna dah kau nak marah-marah
tak guna dah kau nak menangis guling-guling
tak guna dah kau nak meratap segala
tak guna dah kau nak kata HATE kat someone tu
sebab semuanya benda yang dah jadik
memang dah takdir kau
terima je lah walaupun hati kau rasa nak letop
redha je lah sebab kau takkan dapat rasa keROMANTIKkan macam kat dalam drama-drama tu
itu hidup kau
bukan hidup orang lain pun
terima lah seadanya
:guling
takkan lah !!!
aku nak hidup macam orang lain
hari-hari kaya
kaya dengan gurauan
kaya dengan kasih sayang
kaya dengan senyuman
kaya dengan kejujuran
kaya dengan cinta
aku nak macam tu
bahagia so suweeet
ahhh merapu je semua tu
mana nak dapat semua kekayaan tu
hidup memang dah miskin lagi mau mintak kaya
mana nak dapat nyeee
:???
nak jugakkkk !!!!!!!!
:nangis

yipiii >_<"

akhirnye TERterminate jugak broadband aq tuh
tapi bil nye . . .
aq rase na pingsan 2kali
hahaa
:lol
satospatpulo uwaaa
mane na carix daaa
:duit
aq ni da lha penganggur tehurmad
kihkihkih
:lalu
pinsan jup
:mati

boSAN !

:x
TERASA bila rasa diri ni tak dihargai
lagi-lagi bila rasa hidup ni cuma menyusahkan
tapi aku ni menyusahkan ke ?
entahlah . . .
aku pun tak paham
rasa macam batu kat tengah laut je
tapi kat tengah laut ade batu ke ?
:what

blog oh blogssss ٩(̃-̮̮̃-)۶

lama dah rasanya tak updated blog ni
kesian kamoo blog 
sepi tak kamoo ?
:lol
aku takde mood lha blog mao updated kamoo
mane hilang tah mood aku tuh
nak cari . . malas
sudah nye terpinggir lah kamoo kan ? 
takpe lha nanti2 datang balik lha mood aku tuh eh . .
entah kejap lagi ke nanti ke esok ke
janji mood tuh balik
:erx
confirm kau tak sepi lagi blog

^_^"


Adakah engkau nampak ?


Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang ?
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul ?
Atau ia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik) ?
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar ? 
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya) ?


tiada lagi


bila tiba saat itu



A K U



Yang salah AKU
Yang silap AKU
Yang buruk AKU
Yang kurang AKU
Yang menyakitkan AKU
Yang tak bersyukur AKU
Yang malas AKU
Yang tak de kerja AKU
Yang suka mengungkit AKU
ye semuanya AKU

Yang bersabar AKU
Yang mengalah AKU
Yang makan hati AKU
Yang kecewa AKU
Yang melayan kerenah dia AKU
Yang tahan perangai dia AKU
Yang hidup susah senang dengan dia AKU
Yang selalu menangis sebab dia AKU

kenapa selalu menangkan orang lain dari AKU
kenapa tak boleh nak dengar kata AKU
kenapa benda lain lebih penting dari AKU
kenapa tak boleh nak mengalah dengan AKU
hina sangat ke AKU
sampaikan apa yang AKU kata semua tak betul pada dia
pada dia AKU lah pelakon terhebat
why ?
salah ke kalau AKU nak betulkan apa yang salah
salah ke kalau AKU nak suruh dia lebih bertanggungjawab
salah ke kalau AKU nak suruh dia menilai mana yang baik mana yang buruk

AKU dah bosan 
AKU dah penat
AKU dah tak sanggup lagi

mungkin AKU bukan orang yang terpenting dalam hidup dia
mungkin dia bahagia bila air mata AKU mengalir
uhuu:(:fly::uwaa::majuk:t_t

:'(

sad . . -_-,


aku benci aku sayang

dunno
Mampukah aku bertahan lagi . 
Melawan segala hasutan .
Melempar segala khayalan . 
Membuta kan mata .
 Memekakkan telinga .
Mampukah aku ?
Dia .
 Menggugat kesabaran . 
Mengguris perasaan .
Perosak hati .
Perampas senyuman . 
Pencuri bahagia .
Aku benci dia . 
Aku sayang dia .
:'(

Anjing-anjing neraka




Sabda Rasulullah saw kepada mu'adz , Wahai mu'adz , apabila didalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
-jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh didalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin .
-bacalah al-Quran .
-tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain .
-jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain .
-jangan engkau tinggikan dirimu sendiri diatas mereka .
-jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat .
-jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik .
-jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain .
-jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain .
-jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu .

Nescaya di akhirat nanti , kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka . Firman Allah swt yang bermaksud : "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain ."
Sabda Rasulullah saw : "Dia adalah anjing-anjing didalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya , dan anjing itupun merobek serta mengigit tulangnya ."
Kata mu'adz , "Ya Rasulullah , siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu , dan siapa yang dapat terselamat daripadanya ?"
Sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah swt ."

Anak kecil yang takut api neraka



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan ditepi sungai , sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis . Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis , dia pun berkata , "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis ? "Maka berkata anak kecil itu , "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi , "Yaa ayyuhal ladzina aamanu quu anfusakum " yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman , jagalah olehmu sekalian akan dirimu ." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka ." Berkata orang tua itu , "Wahai anak , janganlah kamu takut , sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka ." Berkata anak kecil itu , "Wahai pakcik , pakcik adalah orang yang berakal , tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu baru mereka letakkan yang besar . Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa ." Berkata orang tua itu , sambil menangis , "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti ?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...