Tips lupakan ' si dia '


☛ Firstly korang kena la buang semua barang yg si dia bagi . Tak kisah la barang tu mahal atau berharga . If rasa membazir nak buang , bagi la kat sesape yg berkenan . Kalau barang tu jenis yg boleh dijual , korang gadaikan je . hehex~ untung jugak an

☛ Pastikan korang da delete number si dia tu . Lagi bagus kalau korang tukar number . So takde la gangguan bila korang sedang mencuba melupakan si dia . Yelaa kan mane la tau si dia tu pulak yang mengganggu gugat time korang suda pun berjaya dalam misi 'no man no cry' hihihix~

☛ Kalau boleh jangan duduk sesorang . Nanti korang mesti teringat saat-saat indah mase bersame si dia . Isi la mase lapang korang dgn ape-ape aktiviti . Mengemas ke , menyapu ke , bergurau dgn kucing ke . hee~ Janji ! buat benda yg tak boleh buat korang berangan . 

☛ Tak payah la nak di ingat-ingat kebaikan si dia sebab nanti korang bertambah-tambah la susah na buang si dia dari memory korang . Kalau memory card senang kot.. weehee~ Ce korang ingat pasal keburukan si dia . Tipu la kan kalau si dia tu tak pernah buat korang sakit hati , jiwa and raga kan . lain la lau korang punye aty jenis kristal kihkih



☛ Jangan pernah bertanya tentang si dia kat kawan-kawan korang ataupun kawan-kawan si dia tu . Biarlah si dia tu nak sakit ke sihat ke . Korang tak perlu ambil tau lg . Biarkan si dia dgn hidup si dia , korang dgn hidup korang . senang citerr .


☛ Jangan pergi tempat-tempat yg boleh mengingatkan korang pada si dia . Banyak lagi kot tempat yang korang boleh pergi . ngee~ Korang pergi la bulan ke bintang ke matahari ke . Mesti korang belum pernah pergi kan ? lalalala~


☛ kalau tak boleh lupekan si dia jugak , korang mesti cube and try and cube and try sampai boleh . Tips terbaik dr ku kalau nak lg senang lupe korang cari la bf/gf baru . Confirm korang boleh lupekan si dia lg-lg kalau bf/gf baru korang tu lebih 'terrbaik' dr si dia . uhuu~ lau boleh biar carik yg lebih segalanya dr si dia


Lastly kena yakin yg korang boleh lupekan si dia . Takde makne nye nak ingat kat org yg da sakitkan hati korang kan . Entah-entah si dia tu da ade pun pengganti korang tp korang je yg masih nak ingat kat si dia tu . kan ? Hidup mesti diteruskan walaupun hati korang masih sayangkan si dia . 

Tak semua suami layak tentukan syurga isteri ?



☛ Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : " Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya ." - Hadis riwayat at-Tirmiza , Ibnu Hibban , al-Baihaqi dan al-Wahidi .


☛ Dalam satu riwayat yang lain , daripada Anas R.A , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : " Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu , puasa sebulan (ramadhan)  , menjaga kehormatan dan taat kepada suami , dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai ." - Hadis riwayat Ahmad .


☛ Kedua-dua hadis ni menjadi pegangan teguh meletakkan syurga isteri ditangan suami . Tiada hadis yang menyebut syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami ? Biarpun ia bukan hadis , kata-kata tersebut boleh diterima pakai sebab ia masih relevan dan berkait dengan kedua-dua hadis diatas .


☛ Persoalannya ialah ? jika suami jenis yang tak solat , tidak melaksanakan tanggungjawab nafkah zahir dan ada diantaranya yang menganiaya emosi dan fizikal isteri , apakah mereka ini layak menentukan syurga isteri sedangkan syurga mereka sendiri belum pasti ?


☛ Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : " Tiada ketaatan kepada mahluk dalam perkara maksiat kepada Allah ." - Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim . Memahami hadis ini , suami bukanlah pemegang kuasa muktamad untuk menentukan syurga seorang isteri .

Jangan ' undang ' jenayah



☛ Rajin mengunci kenderaan . Biasanya kenderaan terkini dilengkapi kemudahan " auto-lock " , bagaimanapun ia akan terkunci secara automatik setelah anda menekan brek pertama . Sebaiknya , anda mengunci kenderaan sejurus anda memasuki kenderaan . Selepas itu , barulah anda memeriksa kedudukan cermin pandang belakang . menyelaras tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan .


☛ Jangan meletakkan beg tangan diatas tempat duduk penumpang . Ini memudahkan lagi tugas penjenayah tersebut . Bagi mengelakkan cermin kereta anda dipecahkan dan beg tangan dicuri , letakkannya dibahagian bawah dan tersorok daripada pandangan .


☛ Berhati-hati apabila anda meletakkan kenderaan . Jika anda berasa curiga ketika mahu ke kenderaan , minta bantuan daripada pengawal keselamatan di lot parkir tersebut (jika ada) .


☛ Jangan mengeluarkan dan mencari kunci kereta bila sampai dikereta adalah lebih baik jika sediakan kunci kereta lebih awal .


☛ Ambil perhatian pada kenderaan yang ada berhampiran dengan kereta anda .


☛ Jangan memberanikan diri membantu mereka yang mengalami kerosakan ditepi jalan . Jika anda berniat baik untuk membantu , telefon pihak lebuh raya dan maklumkan lokasi kenderaan rosak tersebut .


☛ Pastikan kenderaan anda diselenggarakan tepat pada masanya . Ini dapat mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu dan menyebabkan anda terdedah kepada penjenayah .


☛ Guna pakai semua kemudahan keselamatan dan ciri kawalan yang terdapat pada kereta . Jika berkemampuan , tidak salah sekiranya anda membuat pelaburan atau meletakkan faktor keselamatan antara kriteria utama ketika membuat pilihan pembelian kenderaan .


☛ Pastikan bateri telefon anda penuh . Jika berlaku kecemasan anda boleh menelefon bagi mendapatkan bantuan .


☛ Utamakan keselamatan diri anda . Cuba bersikap tenang sekiranya berlaku apa-apa jenayah .

5 sebab pilih perpisahan



Asam garam perkahwinan mesti ade dugaan n cabaran . Ta mustahil dugaan tuh bule jadi konflik n perpisahan . Mungkin ade pasangan yg ta serasi bile da hidup bersame . Ape-ape pun jodoh maut ajal pertemuan semua terletak ditangan Tuhan .

 Mangsa keganasan rumah tangga
Ini punca utama yang membuatkan pasangan berasa tawar hati untuk hidup bersama lagi . Keganasan rumah tangga diketegorikan 3 bahagian iaitu fizikal , emosi dan seksual . Dari aspek fizikal , ia mudah dikenali dengan adanya kesan-kesan luka atau lebam diwajah ataupun dibadan berbanding emosi dan seksual yang meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa . Selalunya mangsa penderaan kelihatan resah , takut , murung dan lain-lain lagi . Sama juga dengan keganasan seksual yang menggunakan paksaan untuk melakukan hubungan dan ada yang mempraktikkan teknik-teknik yang tidak disukai mangsa sekali gus menyakitkan . Disebabkan itu isteri teraniaya dan mengambil jalan mudah untuk berpisah bila diri diperlakukan seperti itu . 

 Tinggal berjauhan dalam masa yang lama
Desakan kerja membuatkan kebanyakkan pasangan terpaksa memilih untuk tinggal berasingan  . Ia boleh memudaratkan jika berlarutan dalam tempoh yang lama . Ini kerana lumrah pasangan suami isteri , sentiasa mengharapkan perhatian , belaian dan sentuhan dari pasangan masing-masing . Lebih buruk lagi bila pasangan anda tergolong dari individu yang perlu dijaga , diperhatikan dan sentiasa mahu dibelai . Kerana mahukan perhatian kemungkinan besar pasangan anda akan mencari seseorang yang boleh menggantikan tempat anda . Akhirnya terjadilah perpisahan kerana kurangnya komitmen dan kerjasama dari kedua belah pihak . 

 Kurang kesefahaman
Percanggahan pendapat , minat , pandangan dan sebagainya adalah lumrah rumah tangga . Tapi janganlah selalu kerana ia akan mencetuskan suasana yang kurang gembira . Kurangnya kesefahaman antara suami isteri mendorong kepada permasalahan yang berat dalam perkahwinan . Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah tanpa memikirkan perasaan orang lain . Amalkan lah sikap bertolak ansur dan belajar memahami kehendak pasangan supaya hubungan yang dibina kekal hingga ke akhirnya . 

 Berfikiran negatif
Kata orang cemburu tandanya sayang tapi kalau keterlaluan ianya boleh merosakkan . Tak kiralah suami mahupun isteri , sentiasalah bersangka baik antara satu sama lain . Sekiranya merasa sangsi terhadap pasangan , ajukan lah pertanyaan pada waktu dan suasana yang sesuai supaya pasangan tidak terlalu tertekan dengan pertanyaan yang anda ajukan . Tanamkan kepercayaan tetapi jangan sepenuhnya . Simpankan sedikit untuk diri sendiri agar jika berlaku masalah nanti anda tidak terlalu kecewa dan terluka . 

 Sukar beri komitmen dan curang
Faktor kurangnya komitmen dan curang terhadap pasangan adalah pendorong kepada perpisahan . Pasangan berumah tangga harus berikan komitmen sepenuhnya sebaik melangkah ke fasa baru dalam hidup mereka . Berkahwin membuktikan bahawa masing-masing sudah bersedia memikul tanggungjawab dan berkongsi apa saja . Sekiranya ada diantaranya yang tidak menunjukkan kesungguhan , sudah tentu wujudnya rasa kurang selesa kepada pasangan . Sama juga dengan kecurangan . Berkahwin bererti setia dan sedia menerima apa saja kekurangan diri pasangan seadanya . Bukan mengabaikan pasangan dan lari dari tanggungjawab .

Tips mencipta bahagia

Jujur
☛ Setiap hubungan yg dibina memerlukan kesetiaan dan kejujuran akan menerbitkan rasa sayang dan hormat kpd pasangan .

Hormat
☛ Amalkan sikap hormat-menghormati . Rasa hormat ni menandakan seseorang itu patuh dan setia pada pasangan .

Luahan
☛ Tunjukkan rasa cinta pada pasangan dgn seikhlas hati . Sebaiknya lafazkan ucapan sayang dan cinta pada pasangan setiap hari .

Jangan mengungkit
☛ Jgn suka mengungkit perkara yg lepas kerana ia akan membangkitkan kemarahan . Jadikanlah ia sbgai satu pengajaran .

Percaya
☛ Wujudkan kepercayaan kamu terhadap pasangan . Kalau ada perasaan curiga , cubalah ungkapkan perasaan itu dgn baik .

Perhatian
☛ Berilah perhatian pd pasangan sepenuhnya . Dgn itu pasangan akan merasa yg kamu sgt mengambil berat akan dirinya .

Kawal diri
☛ Sekiranya kamu dan pasangan bertengkar , sebaiknya kawallah setiap perkataan dan perbuatan dan cubalah mengalah .

Ingatlah kematian



☛ Tak salah mengejar harta dunia . . . tapi ingatlah . . . hanya setitis air dilautan itu dunia . . . selebihnya ialah alam selepas mati . . . 

☛ Buka mata dan pintu hati . . . lihatlah insan disekeliling kita yang dipanggil pergi olehNYA . . . dan tanya pada diri . . . "Adakah giliran aku selepas ini?"


☛ Allah berfirman bermaksud : "Tiadakah engkau perhatikan orang yang keluar dari rumahnya . . . beribu2 banyaknya . . . kerana takut mati . . . kemudian Allah mengatakan kepada mereka . . . "Matilah" . . . Kemudian mereka itu dihidupkan Allah kembali . . . Sesungguhnya Allah itu Pemurah terhadap manusia . . . tetapi kebanyakkan manusia tidak berterima kasih  . . . [Surah Al-Baqarah : 243]

Peribadi dan jenis darah



☛ Darah O - Seorang yg berjiwa besar , pandai bergaul , mengalah dan sgt percaya diri . Dilihat sbgai orang yg menerima dan melaksanakan sesuatu dgn tenang . Pandai menyembunyikan perasaan , pemurah , dermawan dan suka membuat kebajikan . Seorang yg keras kepala tp disayangi semua org , mudah dipengaruhi , mempunyai daya ingatan yg kuat , suka kebebasan , tak mahu terikat dan bercita-cita besar . Dari segi negatif kamu seorang yg mudah iri hati , angkuh dan sombong . Emosi stabil tp jika ada tekanan kamu cpt panik .

☛ Darah A - Seorang yg serius sabar dan tenang . Seorang yg terurus , konsisten , jiwa kerjasama tinggi tp selalu cemas krna ia perfeksionis , tegas , boleh dipercayai tp keras kepala . Sering dianggap sebagai seorang yg keras hati kerana suka menjauh dr orang dan cuba menekan perasaan . Sabar , teliti , cermat , bertanggungjawab dan yg paling boleh dipercayai .

☛ Darah B - Seorang yg individualis , peribadi kuat , optimis , kreatif dan fleksibel . Emosi lebih pd tak stabil dan mempunyai bnyk hobi . Selalu cepat bosan dan lebih memilih perkara yg penting . Bersifat riang , bersemangat , cemerlang , ghairah dan kurang bergaul dgn orang lain .

☛ Darah AB - Seorang yg unik , bijak dan berjiwa sosial . Sgt rasional dan mempunyai daya ingatan yg kuat . Sensitif dan lembut . Menghormati perasaan orang lain dan ramai teman .

Mengenali watak dari nama



☛ A- Menandakan kamu akan mendapat kejayaan dlm bidang yg kamu pilih . Berwatak kritis dan ingin mengerjakan hal baru .

☛ B- Dapat menerima pendapat orang lain . Kurang matang dan tidak boleh menjadi pemimpin .

☛ C- Seorang yg taat . Hubungan persahabatan dpt bertahan lama tp kalau tak dikawal akan timbul kebosanan .

☛ D- Berlambangkan negatif . Suka menyerah pada keadaan sblum berusaha dan suka berkhayal .

☛ E- Suka berusaha dan tidak mudah menyerah . Sering berpandangan jauh .

☛ F- Tidak suka dikongkong dgn peraturan . Suka bertindak kasar .

☛ G- Keadaan diri rohani dan jasmani selalu tidak tenang walaupun hidup kamu sudah mewah .

☛ H- Sentiasa berjaya dalam hal pekerjaan atau peribadi . 

☛ I- Bersikap ego dan hanya percaya pd diri sendiri . Suka mendapat perhatian dr orang lain .

☛ J- Mempunyai pemikiran yg baik dan adil . Kamu selalu dihargai .

☛ K- Mementingkan wang dan kekayaan . Kamu selalu berjaya dlm mengejar kekayaan tp seorang yg angkuh .

☛ L- Sentiasa dlm keadaan yg tidak stabil dan selalu risau . Selalu ragu-ragu bila membuat keputusan .

☛ M- Selalu ada idea baru dan suka menyembunyikan perasaan .

☛ N- Kurang percaya pd diri dan selalu takut dgn keadaan buruk yg bakal menimpa kamu . Takut membuat janji dgn orang .

☛ O- Mudah tersinggung dan tidak suka meminta bantuan org lain . Pandai menyelesaikan masalah org lain .

☛ P- Tahu menyesuaikan diri dan suka memberontak . Seorang yg berani menanggung risiko . 

☛ Q- Takut bertanya dan sentiasa menyimpan perasaan .

☛ R- Selalu bernasib baik . Pandai menyesuaikan diri dan mementingkan pelajaran . 

☛ S- Pandai menjaga maruah diri . Tahu apa yg buruk dan yg tidak disukai orang lain . Suka bila orang lain mengikut apa yg kamu buat dan suka menyimpan rahsia .

☛ T- Watak kamu selalu berubah dan seorang yg tidak sabar .

☛ U- Pandai menyelesaikan masalah orang lain tp tak pandai menyelesaikan masalah sendiri . 

☛ V- Mempunyai semangat yg besar dan ada pendirian sendiri . 

☛ W- Seorang yg setia dan berpegang pd janji . Mempunyai watak yg menarik . Sentiasa aktif dan berkeyakinan .

☛ X- Suka berahsia dan penuh misteri .

☛ Y- Suka merendah diri dan seorang yg tenang . Suka mengatur dan memikirkan tentang orang lain .

☛ Z- Sukar difahami dan suka membuat sesuatu yg diluar dugaan .

Resepi karipap sardin

500g tepung gandum
8 sudu minyak masak
air garam

1 biji bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (potong dadu)
1/2 inci halia
1 tin sardin (kecil)
5 biji kentang (potong dadu)
serbuk kari (sukati na letak bnyk ke sikit)
garam secukup rasa




☛ Masukkan tepung dalam mangkuk , pas tu campurkan minyak . Sebatikan dulu tepung dgn minyak . Pas tu msukkan air garam n uli pai jd doh .

☛ Memula tumis dlu bawang besar , bawang putih n halia . Pas tu masukkan serbuk kari yg da dicampur dgn air , garam n ajinamoto . Bile da mendidih sikit masukkan kentang lak . Tunggu smpai kentang empuk baru lhaa masukkan sardin ya . Pas tu biar jap 5 minit .

Fakta sejarah



 1511 - Alfonso de Albuqurque tiba di melaka pada 10 ogos dan membuat permintaan membina kubu Portugis di melaka tetapi permintaannya ditolak Sultan . Selepas 10 hari dikepung , Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 ogos dan membina A Famosa dalam tempoh 6 bulan . Dengan tewasnya Sultan Mahmud Shah , Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun .


☛ 1513 - Patih unus dari Jawa , seorang pahlawan Jawa yg menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Kerajaan Portugis di Melaka .

☛ 1518 ~ 1519 - Sultan Mahmud Shah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa 3 bulan dalam usaha menawan kembali negara itu .

☛ 1512 - Gereja St. Paul dibina Kapten Portugis , Duarte Coelha dan dinamakan 'Our lady Of The Hill' , tapi kemudian ditukar Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan Gereja St. Paul .

☛ 1523 - Sultan Mahmud gagal sekali lg dalam menawan Melaka .

☛ 1525 - Laksamana Hang Nadim mengepung Kota A Farmosa . Portugis membuat catuan makanan . 

☛ 1526 - Seangkatan kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yg melindungi Sultan Mahmud Shah . Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar , Sumatera .

☛ 1528 - Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar , Sumatera .

☛ 1537 - Aceh menyerang Portugis di Melaka pada kali pertama .

☛ 1545 - Buat pertama kalinya , Francis Xavier tiba di Melaka . Pada keseluruhannya , beliau membuat 5 lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur .

☛ 1548 - Kolej St. Paul sekolah pertama di Melaka dibina St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yg murtad memeluk kristian .

☛ 1551 - Gabungan Johor , Japara dan Perak menawan Melaka dan mengepungnya selama 3 bulan . 

☛ 1568 - Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Aceh . Aceh mengawal Selat Melaka selama 60 tahun . 

☛ 1582 - Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yg melawat Melaka .

☛ 1587 - Johor menyerang Portugis secara besar-besaran melalui serangan darat dan laut tetapi gagal .

☛ 1597 - Belanda memuat serangan pertama ke atas Kota Portugis Melaka .

☛ 1606 - Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dgn Sultan Johor untuk menguasai Melaka . Percubaan selama 3 bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa .

☛ 1615 ~ 1616 - Aceh menyerang Melaka .

☛ 1628 ~ 1629 - Aceh memerintah Melaka selama 8 bulan sebelum Portugis kembali mengambil Melaka .

☛ 1636 - Kapal Belanda memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan .

☛ 1641 - Belanda menewaskan Portugis pada 14 januari dan menakluk Melaka dgn bantuan Sultan Johor .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...