5 sebab pilih perpisahan



Asam garam perkahwinan mesti ade dugaan n cabaran . Ta mustahil dugaan tuh bule jadi konflik n perpisahan . Mungkin ade pasangan yg ta serasi bile da hidup bersame . Ape-ape pun jodoh maut ajal pertemuan semua terletak ditangan Tuhan .

 Mangsa keganasan rumah tangga
Ini punca utama yang membuatkan pasangan berasa tawar hati untuk hidup bersama lagi . Keganasan rumah tangga diketegorikan 3 bahagian iaitu fizikal , emosi dan seksual . Dari aspek fizikal , ia mudah dikenali dengan adanya kesan-kesan luka atau lebam diwajah ataupun dibadan berbanding emosi dan seksual yang meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa . Selalunya mangsa penderaan kelihatan resah , takut , murung dan lain-lain lagi . Sama juga dengan keganasan seksual yang menggunakan paksaan untuk melakukan hubungan dan ada yang mempraktikkan teknik-teknik yang tidak disukai mangsa sekali gus menyakitkan . Disebabkan itu isteri teraniaya dan mengambil jalan mudah untuk berpisah bila diri diperlakukan seperti itu . 

 Tinggal berjauhan dalam masa yang lama
Desakan kerja membuatkan kebanyakkan pasangan terpaksa memilih untuk tinggal berasingan  . Ia boleh memudaratkan jika berlarutan dalam tempoh yang lama . Ini kerana lumrah pasangan suami isteri , sentiasa mengharapkan perhatian , belaian dan sentuhan dari pasangan masing-masing . Lebih buruk lagi bila pasangan anda tergolong dari individu yang perlu dijaga , diperhatikan dan sentiasa mahu dibelai . Kerana mahukan perhatian kemungkinan besar pasangan anda akan mencari seseorang yang boleh menggantikan tempat anda . Akhirnya terjadilah perpisahan kerana kurangnya komitmen dan kerjasama dari kedua belah pihak . 

 Kurang kesefahaman
Percanggahan pendapat , minat , pandangan dan sebagainya adalah lumrah rumah tangga . Tapi janganlah selalu kerana ia akan mencetuskan suasana yang kurang gembira . Kurangnya kesefahaman antara suami isteri mendorong kepada permasalahan yang berat dalam perkahwinan . Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah tanpa memikirkan perasaan orang lain . Amalkan lah sikap bertolak ansur dan belajar memahami kehendak pasangan supaya hubungan yang dibina kekal hingga ke akhirnya . 

 Berfikiran negatif
Kata orang cemburu tandanya sayang tapi kalau keterlaluan ianya boleh merosakkan . Tak kiralah suami mahupun isteri , sentiasalah bersangka baik antara satu sama lain . Sekiranya merasa sangsi terhadap pasangan , ajukan lah pertanyaan pada waktu dan suasana yang sesuai supaya pasangan tidak terlalu tertekan dengan pertanyaan yang anda ajukan . Tanamkan kepercayaan tetapi jangan sepenuhnya . Simpankan sedikit untuk diri sendiri agar jika berlaku masalah nanti anda tidak terlalu kecewa dan terluka . 

 Sukar beri komitmen dan curang
Faktor kurangnya komitmen dan curang terhadap pasangan adalah pendorong kepada perpisahan . Pasangan berumah tangga harus berikan komitmen sepenuhnya sebaik melangkah ke fasa baru dalam hidup mereka . Berkahwin membuktikan bahawa masing-masing sudah bersedia memikul tanggungjawab dan berkongsi apa saja . Sekiranya ada diantaranya yang tidak menunjukkan kesungguhan , sudah tentu wujudnya rasa kurang selesa kepada pasangan . Sama juga dengan kecurangan . Berkahwin bererti setia dan sedia menerima apa saja kekurangan diri pasangan seadanya . Bukan mengabaikan pasangan dan lari dari tanggungjawab .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...