Fakta sejarah



 1511 - Alfonso de Albuqurque tiba di melaka pada 10 ogos dan membuat permintaan membina kubu Portugis di melaka tetapi permintaannya ditolak Sultan . Selepas 10 hari dikepung , Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 ogos dan membina A Famosa dalam tempoh 6 bulan . Dengan tewasnya Sultan Mahmud Shah , Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun .


☛ 1513 - Patih unus dari Jawa , seorang pahlawan Jawa yg menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Kerajaan Portugis di Melaka .

☛ 1518 ~ 1519 - Sultan Mahmud Shah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa 3 bulan dalam usaha menawan kembali negara itu .

☛ 1512 - Gereja St. Paul dibina Kapten Portugis , Duarte Coelha dan dinamakan 'Our lady Of The Hill' , tapi kemudian ditukar Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan Gereja St. Paul .

☛ 1523 - Sultan Mahmud gagal sekali lg dalam menawan Melaka .

☛ 1525 - Laksamana Hang Nadim mengepung Kota A Farmosa . Portugis membuat catuan makanan . 

☛ 1526 - Seangkatan kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yg melindungi Sultan Mahmud Shah . Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar , Sumatera .

☛ 1528 - Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar , Sumatera .

☛ 1537 - Aceh menyerang Portugis di Melaka pada kali pertama .

☛ 1545 - Buat pertama kalinya , Francis Xavier tiba di Melaka . Pada keseluruhannya , beliau membuat 5 lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur .

☛ 1548 - Kolej St. Paul sekolah pertama di Melaka dibina St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yg murtad memeluk kristian .

☛ 1551 - Gabungan Johor , Japara dan Perak menawan Melaka dan mengepungnya selama 3 bulan . 

☛ 1568 - Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Aceh . Aceh mengawal Selat Melaka selama 60 tahun . 

☛ 1582 - Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yg melawat Melaka .

☛ 1587 - Johor menyerang Portugis secara besar-besaran melalui serangan darat dan laut tetapi gagal .

☛ 1597 - Belanda memuat serangan pertama ke atas Kota Portugis Melaka .

☛ 1606 - Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dgn Sultan Johor untuk menguasai Melaka . Percubaan selama 3 bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa .

☛ 1615 ~ 1616 - Aceh menyerang Melaka .

☛ 1628 ~ 1629 - Aceh memerintah Melaka selama 8 bulan sebelum Portugis kembali mengambil Melaka .

☛ 1636 - Kapal Belanda memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan .

☛ 1641 - Belanda menewaskan Portugis pada 14 januari dan menakluk Melaka dgn bantuan Sultan Johor .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...