Jangan ' undang ' jenayah



☛ Rajin mengunci kenderaan . Biasanya kenderaan terkini dilengkapi kemudahan " auto-lock " , bagaimanapun ia akan terkunci secara automatik setelah anda menekan brek pertama . Sebaiknya , anda mengunci kenderaan sejurus anda memasuki kenderaan . Selepas itu , barulah anda memeriksa kedudukan cermin pandang belakang . menyelaras tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan .


☛ Jangan meletakkan beg tangan diatas tempat duduk penumpang . Ini memudahkan lagi tugas penjenayah tersebut . Bagi mengelakkan cermin kereta anda dipecahkan dan beg tangan dicuri , letakkannya dibahagian bawah dan tersorok daripada pandangan .


☛ Berhati-hati apabila anda meletakkan kenderaan . Jika anda berasa curiga ketika mahu ke kenderaan , minta bantuan daripada pengawal keselamatan di lot parkir tersebut (jika ada) .


☛ Jangan mengeluarkan dan mencari kunci kereta bila sampai dikereta adalah lebih baik jika sediakan kunci kereta lebih awal .


☛ Ambil perhatian pada kenderaan yang ada berhampiran dengan kereta anda .


☛ Jangan memberanikan diri membantu mereka yang mengalami kerosakan ditepi jalan . Jika anda berniat baik untuk membantu , telefon pihak lebuh raya dan maklumkan lokasi kenderaan rosak tersebut .


☛ Pastikan kenderaan anda diselenggarakan tepat pada masanya . Ini dapat mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu dan menyebabkan anda terdedah kepada penjenayah .


☛ Guna pakai semua kemudahan keselamatan dan ciri kawalan yang terdapat pada kereta . Jika berkemampuan , tidak salah sekiranya anda membuat pelaburan atau meletakkan faktor keselamatan antara kriteria utama ketika membuat pilihan pembelian kenderaan .


☛ Pastikan bateri telefon anda penuh . Jika berlaku kecemasan anda boleh menelefon bagi mendapatkan bantuan .


☛ Utamakan keselamatan diri anda . Cuba bersikap tenang sekiranya berlaku apa-apa jenayah .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...