Kenali lelaki melalui warna



Warna merah
☛ Warna ni lebih terarah pada sifat garang , keras , kasar dan panas . Tapi dalam dunia percintaan , warna ni melambangkan taat setia dan sanggup berkorban . Selain dari itu warna merah lambang keberanian juga membawa erti berani TETAPI selalu merasa kesal dalam kehidupan jika mengalami kegagalan .

Warna biru
☛ Warna ni membayangkan kekuatan . Kekuatan dari segi sentimen dan gelora jiwa . Lelaki yg macam ni selalunya berhati-hati bila bercakap . Pandai menjaga ekonomi supaya kehidupannya teratur dan suka mengambil berat tentang kebajikan orang lain . Tapi yg buruk kurang nya , lelaki yg suka dgn warna ni suka menunjuk-nunjuk , bermuka-muka , suka dipuji dan tahan mendengar cacian dan maki hamun orang lain . Penggemar warna ni juga tidak suka dgn pergaulan bebas dan lebih memilih teman yg sehaluan atau yg sejiwa dgn nya . 

Warna merah jambu
☛ Lelaki yg suka dgn warna ni mempunyai jiwa yang tenang , lemah lembut dan jenis yg bersahaja . Suka menguruskan kerja orang lain . Selalu bersimpati , suka menghulurkan derma dan tenaga tanpa dipaksa . Selalu tersenyum dan suka dikasihi orang .

Warna kuning
☛ Warna ni menunjukkan sifat lelaki yg suka berangan-angan dan berkhayal . Suka mengharapkan sesuatu yg sukar dicapai . Tidak mudah dihasut atau dipujuk . Selalu berselisih faham , ragu-ragu dan cerewet . Tapi lelaki yg suka warna ni seorang yg bertanggungjawab .

Warna jingga 
☛ Seorang lelaki yg aktif melakukan semua kerja , lemah lembut dan tenang . Peramah tapi tegas dan mudah terpengaruh .

Warna hijau
☛ Lelaki yg suka warna ni selalunya tenang dan elok jernih peribadinya . Bersifat jujur , amanah dan tidak suka bercakap bohong . Selalu berjaya dalam bidang pekerjaan dan soleh amin . 

Warna biru laut
☛ Sanggup menghadapi apa jua rintangan atau halangan tanpa memerlukan bantuan orang lain . Berani dan cekal . Mempunyai ramai teman TETAPI bersikap membazir boros .

Warna ungu
☛ Lelaki ni suka membesarkan diri , ego dan sombong . Tidak mudah digoda dan dipikat . Selalu membuat orang-orang disekelilingnya bosan bila dia berbicara . Tapi lelaki ni berpendirian tegas dan serius melakukan pekerjaannya . Terlalu over menghormati orang dan memiliki pendirian hidup yg tersendiri .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...