Tak semua suami layak tentukan syurga isteri ?



☛ Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : " Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya ." - Hadis riwayat at-Tirmiza , Ibnu Hibban , al-Baihaqi dan al-Wahidi .


☛ Dalam satu riwayat yang lain , daripada Anas R.A , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : " Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu , puasa sebulan (ramadhan)  , menjaga kehormatan dan taat kepada suami , dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai ." - Hadis riwayat Ahmad .


☛ Kedua-dua hadis ni menjadi pegangan teguh meletakkan syurga isteri ditangan suami . Tiada hadis yang menyebut syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami ? Biarpun ia bukan hadis , kata-kata tersebut boleh diterima pakai sebab ia masih relevan dan berkait dengan kedua-dua hadis diatas .


☛ Persoalannya ialah ? jika suami jenis yang tak solat , tidak melaksanakan tanggungjawab nafkah zahir dan ada diantaranya yang menganiaya emosi dan fizikal isteri , apakah mereka ini layak menentukan syurga isteri sedangkan syurga mereka sendiri belum pasti ?


☛ Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : " Tiada ketaatan kepada mahluk dalam perkara maksiat kepada Allah ." - Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim . Memahami hadis ini , suami bukanlah pemegang kuasa muktamad untuk menentukan syurga seorang isteri .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...