❀ L♥Ve ❀



❀ sometimes you might feel that you'll be happier alone.. .. ..❀
❀ but it's always nice to have someone to laze around with.. .. ..❀
❀ someone to think about ❤.. .. ..❀
❀ someone to care about.. .. ..❀
❀ someone to share your joy.. .. ..❀
❀ and someone to kiss.. .. ..❀
❀ so take a chance.. .. ..❀
❀ you'll never know what you will get.. .. ..❀
❀ until you have really tried.. .. ..❀
❀ so if there's somebody you miss.. .. ..❀
❀ tell them that you do.. .. ..❀
❀ couse there's something only love can do.. .. ..❀

Terapi madu



☛ Penyembuhan menggunakan madu tidak hanya disebutkan di dalam al-Quran , Rasulullah S.A.W juga dilaporkan menganjurkan sahabatnya memakan madu bagi memulihkan masalah sakit perut . Abu Said al-Khudri menceritakan :


☛ Ada seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W lalu berkata , "Saudaraku terasa mual-mual perutnya" . Rasulullah S.A.W berkata , "Berilah beliau meminum madu !" Setelah lelaki itu memberikan madu kepada saudaranya , beliau datang lagi kepada Nabi S.A.W dan menyatakan , "Aku telah memberinya minum madu , tetapi perutnya bertambah memulas." Kejadian itu berulang sehingga 3 kali . Pada kali yang ke-4 , Rasulullah S.A.W berkata , "Berilah nya minum madu !" Lelaki tersebut masih lagi menyatakan , "Aku benar-benar telah memberinya minum madu , tetapi perutnya bertambah memulas ." Maka Rasulullah S.A.W berkata , "Maha Benar Allah yang telah berfirman : Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya , di dalam minuman itu terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia . Oleh itu , mungkin ada yang tidak sesuai dengan perut saudaramu itu ." Akhirnya , Rasulullah S.A.W sendiri yang memberikan minum madu dan sembuhlah saudara lelaki itu .


☛ Khasiat madu lebah
❀ Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal .
❀ Mencerahkan mata , memutih dan menguatkan gigi .
❀ Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak .
❀ Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda) .
❀ Madu dan sarang lebah madu merupakan bahan asas kepada krim kulit , lipstik dan losyen tangan .
❀ Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka , melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan .
❀ Menghilangkan kepanasan badan , batuk , selesema , meredakan urat saraf , menstabilkan sistem pernafasan , menguatkan jantung , mengelakkan kencing manis , darah tinggi dan melembabkan kerongkong serta menghilangkan serak suara . 
❀ Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan . Madu lebah juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik , serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh .
❀ Madu lebah mempunyai keupayaan bagi menarik dan menyerap lembapan , oleh yang demikian ia sangat mujarab bagi merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut . Menghilangkan kesan terkena api , air panas dan minyak panas (sapukan) .
❀ Madu lebah adalah punca semula jadi bagi tenaga segera . Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi , mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan .


☛ Pengambilan madu lebah secara berterusan memberikan manfaat kepada kesihatan serta mampu menghindari pelbagai penyakit , antaranya :


❊Kencing manis   ❊Sembelit    ❊Barah/kanser    ❊Selesema 
❊Mata rabun    ❊Sakit puan    ❊Letih/lesu/tenat    ❊Resdung 
❊Lemah tenaga batin/seks    ❊Darah tinggi    ❊Lendir/kahak    ❊Sakit kepala 
❊Penyeri muka    ❊Angin    ❊Awet muda    ❊Luka 
❊Pendarahan otak    ❊Keputihan    ❊Gastrik    ❊Bintik-bintik hitam 
❊Batuk    ❊Rambut gugur    ❊Penyakit kulit    ❊Sakit pinggang 
❊Sakit telinga    ❊Terbakar    ❊Lemah jantung    ❊Haid 
❊Jerawat    ❊Buasir    ❊Pekak    ❊Batuk kering 
❊Lumpuh    ❊Keracunan makanan    ❊Uban(berpenyakit)    ❊Asma/lelah 
❊Susah tidur   ❊Kurang darah    ❊Sakit sendi    ❊Alahan/allergic

Air Zamzam



☛ Rasulullah S.A.W bersabda , maksudnya : "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki ." (Diriwayatkan daripada Jabir , Ibnu Abbas , Ibnu Umar dan Muawiyah)


☛ Ulama yang mengkaji hadis ini meluaskan huraian mereka mengenainya . Al-Munawa menyatakan bahawa air Zamzam adalah penghulu segala air , air yang paling mulia , paling berharga dan paling disukai . Allah memberi minum air Zamzam ini kepada Nabi Ismail dan menyelamatkannya berserta bondanya daripada dahaga . Berdasarkan peristiwa ini , air Zamzam boleh membantu siapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas bagi memenuhi hajat mereka . Ramai ulama meminum air Zamzam ini bagi mendapatkan suatu hajat , dan mereka memperolehnya .


☛ Antara contohnya adalah sebagaimana yang diceritakan oleh pengarang al-'Aqdus-Sameen , Ahmad bin Abdillah al-Syafii , seorang khadam di Makkah , meminum air Zamzam bagi mengubati matanya yang buta . Menakjubkan , matanya pulih seperti biasa selepas meminum air Zamzam .

Jin rumah




☛ Jin rumah adalah jenis jin yang suka menghuni rumah-rumah yang menjadi kediaman manusia . Ia hidup dengan berkongsi makanan dan minuman tuan rumah dalam keadaan mereka tidak menyedarinya . Menariknya tentang jin ini adalah kelakuannya yang bergantung pada sikap tuan rumah . Sekiranya manusia yang menghuni rumah tersebut terdiri daripada orang soleh dan taat dengan ajaran agama , jin ini juga menjadi taat dan soleh . Tetapi sebaliknya jika penghuninya jahat dan kaki maksiat , jin rumah ini mengikut tabiat yang sama . 


☛ Selain itu , jin ini juga membiak dan beranak pinak . Sekiranya ia sudah mula membiak di dalam sebuah rumah , amat sukar bagi mengusirnya . Walau bagaimanapun , jin ini jarang mengganggu atau menimbulkan masalah kepada penghuni rumah , namun kadang-kadang ia mempengaruhi manusia dalam beberapa keadaan :
✿ Penghuni meninggalkan zikrullah dan lalai daripada mengingati Allah .
✿ Tidak mengerjakan solat dan membaca al-Quran atau hanya melakukannya sekali sekala .
✿ Gemar mendedahkan aurat ketika berada di dalam rumah .
✿ Banyak melakukan maksiat dan dosa di dalam rumah tersebut .


☛ Simptom kerasukan jin rumah


✿ Mangsa tidak suka keluar rumah , sebaliknya lebih selesa terperap di dalam rumah .
✿ Sering menangis walau pun tanpa sebab .
✿ Kerap kali berasa takut tanpa diketahui puncanya .


☛ Tips menghindari jin rumah


Terdapat beberapa amalan yang boleh diamalkan bagi menghindari atau menghalau jin rumah ini daripada rumah kita . Amalan ini adalah berdasarkan saranan-saranan Rasulullah S.A.W :
✿ Membanyakkan mambaca al-Quran didalam rumah . Ini berdasarkan kata Rasuluullah S.A.W :
 "Jangan jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan , ketahuilah bahawa syaitan dan jin akan lari daripada rumah kamu apabila penghuninya membaca surah al-Baqarah , Yasin dan al-Shaffat . Itulah surah-surah yang ditakutinya ." (Riwayat Ahmad , Muslim dan Tarmizi)
✿ Jangan membiarkan makanan jatuh ketika sedang makan . Sabda Baginda S.A.W :
 "Syaitan itu ikut bersama kamu ketika kamu sedang makan , jika ada makanan yang jatuh , syaitan akan mengambilnya . Maka hendaklah kamu mengambil makanan yang jatuh dan makanlah . Berhati-hati jangan sampai syaitan mengambilnya ." (Diriwayatkan dari Jabir)
✿ Membersihkan sisa makanan ditangan selepas makan . Sabda Baginda S.A.W :
 "Syaitan itu suka menjilat . Jagalah dirimu daripada penjilat ini . Jika masih ada sisa makanan di tangan , hendaklah membersihakannya ." (Riwayat Tarmizi)
✿ Membaca basmalah sebelum makan . Rasulullah S.A.W menganjurkan amalan ini berdasarkan sabdanya :
 "Jika sesiapa makan dengan dimulai dengan menyebut nama Allah S.W.T , maka syaitan berkata kepada rakan-rakannya 'Malam ini tidak ada makanan bagi kita' . Tetapi jika penghuni rumah tidak menyebut nama Allah ketika makan dan minum , maka syaitan berkata kepada rakan-rakannya , 'Wahai rakan-rakanku , malam ini kita berpesta makan malam yang lazat' ." (Diriwayatkan daripada Husain)


☛ Rawatan Ruqyah bagi kerasukan jin rumah


✿ Membaca surah al-Shaffat sebanyak 3 kali pada air dan diberi minum pada pesakit atau dimandikan . Air yang sama juga digunakan bagi menyiram setiap penjuru rumah . 

Qorin


☛ Qorin adalah jin yang dicipta Allah sebagai pedamping manusia . Setiap manusia yang dilahirkan pasti mempunyai pendampingnya sendiri . Malah Rasulullah S.A.W juga mempunyai qorinnya , tetapi qorin Baginda telah diislamkan , sedangkan qorin yang berada disamping kita adalah kafir .


☛ Secara dasarnya , qorin kafir ini mendorong manusia yang didampinginya bagi membuat kejahatan . Dalam masa yang sama , ia mengganggu manusia dari melakukan kebaikan . Ia mengganggu manusia ketika solat , membaca al-Quran atau belajar . Ia menimbulkan perasaan waswas dan tidak khusyuk .


☛ Mengimbangi kejahatan qorin ini , Allah mengutus malaikat bagi membisikkan kebaikan dan mengajak mereka melakukan kebaikan dan ibadah . Maka manusia diberikan pilihan bagi mengikut arah yang dikehendakinya . Orang yang berjaya mengatasi hasutan qorinnya , membuat ia lemah dan tidak berdaya . Jika tidak , maka qorin inilah yang akan menguasainya .


☛ Qorin berpisah dengan manusia yang didampinginya apabila manusia meninggal dunia . Tetapi qorin ini tidak mati dan terus tinggal di bumi . Di akhirat kelak , semua qorin akan dihadapkan di hadapan Allah bagi di adili . Mereka tidak akan bertanggungjawab di atas segala dosa yang dilakukan oleh manusia yang mereka dampingi , walaupun mereka yang mengajak melakukan dosa tersebut .


☛ Punca penguasaan jin qorin ke atas manusia


Antara punca yang menyebabkan qorin berjaya mempengaruhi manusia sehingga mengikut kehendak jin ini melakukan maksiat :
✿ Apabila bisikan-bisikan qorin ini sering dipatuhi sehingga manusia menjadi hamba kepadanya .
✿ Apabila ada manusia lain yang menggunakan sihir atau ilmu hitam bagi membangkitkan dan menguatkan qorin hingga dapat menguasai manusia lain .


☛ Simptom orang dikuasai qorin


✿ Orang dikuasai qorin akan berterusan merasa was-was dan ragu-ragu dalam melakukan ibadah sehingga terpaksa berwuduk berulang kali , tidak pasti bilangan rakaat dalam solat dan lain-lain . Ia juga mencetuskan perasaan prasangka dan cemburu kepada orang lain hingga menimbulkan sengketa sesama pasangan , keluarga , jiran tetangga dan rakan-rakan . 
✿ Apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran , dia akan menguap seperti orang mengantuk .
✿ Apabila dibacakan surah al-Nas , dia akan menangis .
✿ Terlalu banyak mengeluh dengan keadaan dirinya .


☛ Rawatan menyembuhkan orang yang dikuasai qorin jahat


✿ Baca surah al-Fatihah (7 kali)
✿ Surah Thaha (3 kali)
✿ Surah Yunus (3 kali)
✿ Baca Salamun' kaulammirrabbirrahim (3 kali)
✿ Surah Yassin ayat 71,72 dan 73 (11 kali)
✿ Surah al-Ikhlas (3 kali)
✿ Surah al-Falaq (3 kali)
✿ Surah al-Nas (3 kali)


☛ Mengusir qorin


✿ Baca surah al-Kafirun dalam seminggu (1002 kali)
✿ Surah al-Ikhlas dalam seminggu (1002 kali)
✿ Surah al-Falaq dalam seminggu (1002 kali)
✿ Surah al-Nas dalam seminggu (1002 kali)

Rahsia lelaki




Cerita porno
 Hasil dari kajian yang telah dilakukan , boleh dikatakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita porno secara langsung ataupun tidak langsung . Ini berkemungkinan disebabkan keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita . Lelaki menonton mungkin disebabkan terpengaruh dengan rakan atau keinginan seks yang membuak-buak .


Lelaki adalah pengintip !
 Salah satu perkara yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka minati . Tidak kira sama ada mereka sudah berpasangan atau tidak . Kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki . Jika mereka ingin mengetahui sesuatu mengenai seseorang wanita , mereka akan berusaha mencari maklumat peribadinya sehingga berjaya .


Lelaki sukar menolak peluang
 Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki , tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman , agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka . Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda .  


Lelaki mudah bosan
 Kebiasaannya , lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan . Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun , sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit . Ketika pertengahan perhubungan , lelaki mula akan berasa bosan kerana melakukan perkara yang sama hampir setiap hari .


Penggoda
 Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki sudah mempunyai pasangan , mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain . Lelaki yang bijak menggoda kebiasaannya menggunakan lirikan mata , senyuman serta melalui percakapan untuk menggoda wanita .

kucing ku cirid t__T


blog~ ! tige-tige beby musyux ku cired . uwaaaa~ tetibe aty rase sedih . . pg td da denga da durg bising-bising at luar panggil ku . . tp ku buat tatao je ! ku ta peduli kan durg poms . sian durg . . . ku da mule pk bebukan . tamo - - tamo - - tamo - - ku tamo durg mati !!! ku sayang lili cici kiki !!! 


blog~ ! pe ku na buat ? mane de ubat cired mao kasi at durg . tp da kasi ubat cacing . hope durg baek lha pas niy . t__T search google sume suro g klinik . camna mao bawax . . ku niy merempid sajaa . ta muad mao sumbad durg tuh . huxhux~ if ta bawax nnt ku takut durg maken saket . 

blog~ ! ku sanad-sanad risaw skg . . . . . . . . . . . . tatao na buat pe . . . . . . . . . . . . . emxx~ tgok muke durg sume poyo je . . sian anak-anak mummy niy . . . ~_~" 

Anak ajaib

          
          Suatu hari , datang seorang lelaki berserta seorang anaknya menemui Sayidina Umar al-Khattab . Wajah anak itu mirip dan serupa dengan wajah bapanya hinggakan Umar hairan melihatnya . 


          Lalu Umar berkata : "Saya tidak pernah melihat seekor gagak pun yang serupa dengan induknya . Apa yang saya lihat sekarang adalah wajah anak dan wajah bapa mirip sekali !" . 


          Lelaki itu berkata : "Ya amirul mukminin , sesungguhnya anakku ini pernah mengalami kejadian menakjubkan . Anakku pernah terbenam dalam tanah selama sembilan bulan . Dengan kuasa Allah s.w.t , dia hidup kembali " .


          Umar terkejut mendengar berita pelik itu lalu bertanya : "Apa sebenarnya telah berlaku ?"


          Lelaki itu menjawab : "Ketika anakku ini berada dalam kandungan ibunya , aku berhasrat pergi belayar . Sebelum berangkat , aku berwuduk dan solat dua rakaat ." 


          "Setelah itu aku berdoa : 'Ya Tuhanku , aku serahkan anakku yang berada dalam perut ibunya ini kepada Engkau dan serahkanlah kepadaku dengan selamat apabila aku kembali kelak .'
  
          "Kemudian aku belayar selama sembilan bulan . Ketika pulang dari belayar , aku mendapat khabar bahawa isteriku telah meninggal dunia . Sambil berlinangan air mata dan pilu , aku pergi ke kuburnya . Sampai di sana aku terdengar suatu suara dari dalam kubur isteriku . Suara itu amat jelas sehingga aku mengambil keputusan menggalinya ."


          "Semasa kubur itu digali aku melihat mayat isteriku telah busuk dan hancur kecuali susunya masih tetap elok dan di saat itu anakku sedang menyusu . Akhirnya aku selamatkan anakku sambil bersyukur :'Ya Tuhanku , Engkau telah memberi kurniaan kepadaku dengan mengembalikan anakku ini . Maka , jika Engkau kembalikan pula isteriku , alangkah besarnya kurniaan-Mu padaku .'


          "Tiba-tiba aku terdengar suatu suara bergema : 'Engkau dahulu telah menyerahkan anakmu  kepada Allah , maka sekarang ia dikembalikan semula kepadamu .'


          "Seandainya , dulu engkau juga telah menyerahkan isterimu , sudah tentu sekarang akan dikembalikannya pula seperti Allah mengembalikan anakmu dengan selamat !"

peneman sepi ♥ ♥

 lili ^_^
kiki n cici ^_^

bile duk sesurang , durg lha jadix kawan ku . kadang ase cm sengal je kan bub cakap nan kucing . ahhh~ ape ku kesah . tp kadang ase cm ade yg tolong gelak kan je . ahhh~ lantak kaw lha . ape ku dulik . best pe cakap nan durg . nnt durg buad lhaa mcm paham . haxhax~ tp bile lapa je lha kan . time da kenyang bunced perud tuh , panggel cm nak tetanggal anak tekak poms durg buad dunno je . hahahampeh~



baex punye usha c lili ku niy . wee~ 3 eko bby ku niy sanad-sanad lhaa nuty yg amad ! fuhh~ tensyen kekadang . uhuu~ na snap picx ? sunggoh ku mls na melayan . memasing da besaa . da ta reti duk diam . d sebub an durg niy terlebey n melebey nakal nye , TERPAKSE ku letax at lam banglo dye je . taa kuase na melayan bile durg buad an ku sejemput kueh cuklad . eyeerx~ tp actually ku da bese poms nan kueh-kueh durg tuh . uhuu~ sian gak kadang tengok durg nanges-nanges na kua . law mood ku rajen na tengok-tengok ku kua an jugak . taa bule na tinggal kang masok lam uma da mak ku potpet- - - - hee~ bile da dapat lepas jgn cite lha durg pnye pangai . belari sane belari sini smpai ku na bejalan poms durg men langgar je . untung dapat elak law taa penyek . >.<" kadang tengok durg tuh da serupe 'monkey' . panjad sane panjad sini . mang TERBAIK lha law suro panjat pkok kelape . kihkih~ 


se durg kekecik ^_^"


tgok lha tuh bkn men ag . sygs sanad at durg . ~.^" if durg tade senyap sunyi lhaa idup ku . at sapa ku mao bebel , mao buli-buli . ehee~ sury bub terpakse buad gt0o . tuh lha sapaa suro nuty over had . ku taa sanggop na tgok walo kurg kne jentik siked poms . if urg mara kurg poms aty ku ase kureng enak . tp tape lha nnt bile kurg da bijak na kua masuk umaa cm dlu tuh . ku bebas kan kurg tnpe ikad jamen keyy . ~.~" 

Penawar segala penyakit



☛ Pada suatu malam , Imam Abi al-Qasim bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w lalu mengadu kepada Nabi mengenai penyakit yang dihadapi anak lelakinya . Dia sudah puas berikhtiar tetapi penyakit anak lelakinya tidak juga sembuh . Nabi lalu bersabda kepadanya : "Apakah kamu tidak pernah membaca ayat-ayat yang menjadi penawar penyakit dalam al-Quranul Karim?" . Sebaik Rasulullah s.a.w bertanya soalan itu , Abi al-Qasim terjaga . Beliau lalu mengingati ayat-ayat yang jelas maksudnya menjadi penawar segala penyakit yang pernah dibacanya dalam al-Quran seperti berikut :


 "Dan apabila aku sakit , Dialah yang menyembuhkan aku ." (Surah asy-Syu'ara ayat: 80)
"....dan melegakan hati orang-orang yang beriman ." (Surah at-Taubah ayat: 14)
"Katakanlah: "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman ."  (Surah al-Fushilat ayat: 44) 
"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian ." (Surah al-Israak ayat: 82)
"Hai manusia , sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Robbmu dan penyembuhan bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman ." (Surah Yunus ayat: 57)
 "...dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya , di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia ." (Surah an-Nahl ayat: 69)


☛ Abi al-Qarim lalu menjadikan ayat-ayat tersebut sebagai amalannya dengan niat untuk menyembuhkan anak lelakinya . Alhamdulillah , penyakit anak lelakinya beransur-ansur sembuh dengan izin Allah s.w.t .

Cipta bahagia dan lupakan kisah silam


☛ Mungkin ramai yang mengalami 'stress' bila selalu dan terlalu mengingati kisah-kisah silam . Pada mereka mungkin hati dan kasih yang telah diberikan pada sesorang itu tidak mampu untuk beralih arah pada 'orang baru' yang hadir dalam hidup mereka . Terlalu menyayangi dan terlalu mencintai boleh membuatkan kita leka dan lalai untuk memandang ke depan yang mana bahagia telah pun sedia menanti .

☛ Tuhan itu Maha Adil . Setiap ujian yang DIA datangkan pada kita semuanya bersebab . Bukan senang untuk mendapatkan ujian dari ALLAH S.W.T kalau kita bukanlah diantara orang-orang yang terpilih . Setiap ujian akan menambahkan lagi pahala sekiranya kita REDHA dengan kehendak dan ketentuan-Nya . Bersabar dan bertawakallah pada ALLAH S.W.T mudah-mudahan setiap penantian akan berakhir dengan kebahagiaan bukan saja didunia tapi juga diakhirat . Amin .

☛ Tentang perasaan , ya ! memang harus diakui bahawa perasaan memainkan peranan dalam kesejahteraan hidup . Bagaimana mahu bergembira jika didalam hati terlalu kecewa ? Hinggakan ada yang berpura-pura gembira sedangkan didalam hatinya menangis , meraung mengenangkan nasib diri . Mungkin ada yang mengatakan 'Sampai bila harus bersabar?' . Kenapa bila sesuatu yang berkait dengan hal keduniaan kita mampu bersabar walau menunggu berminggu , berbulan , bertahun ? Tapi yang berkait dengan Qada` dan Qadar ALLAH S.W.T kita tidak sanggup menunggu walau sehari pun . Sedangkan bila kita bersabar dan menunggu setiap ujian dari Tuhan , kita akan mendapatkan pahala yang boleh menjamin kita untuk ke syurga firdausi .

☛ Usah diikut kata hati andai itu membuatkan kita jauh dari mengingati ALLAH S.W.T . Kenapa ada yang sanggup membunuh diri hanya kerana ditinggalkan kekasih padahal mereka tahu membunuh diri adalah diantara dosa-dosa besar dan orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W . Maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)" . Kerana perasaan yang bercampur baur , terlalu mengikut perasaan dan kata hati dan bila mereka dalam keadaan dilema yang teramat maka syaitan laknattullah mula mencucuk jarumnya pada mereka-mereka itu . Syaitan mula membisikkan kata-kata jahat , mengapi-ngapi umat Nabi Muhammad S.A.W supaya membuat perkara yang boleh menghumban mereka ke dalam api neraka di akhirat kelak .

☛ Katakanlah "Ya Allah aku redha dengan setiap ujian yang kau beri pada aku sekiranya itu yang terbaik untukku" . Sebabnya ? Hanya ALLAH S.W.T yang berhak keatas hidup kita dan sedarlah bahawa setiap perjalanan hidup kita telah pun tertulis sejak azali lagi . Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang bakal terjadi pada kita pada masa akan datang kerana Dia lah Tuhan kita ALLAH S.W.T yang satu ! Tiada dua mahupun tiga .

☛ Pada mereka yang mengalami dilema sedemikian , sedarlah , segarkan pemikiran , buka mata hati , jangan kamu menjadi hamba pada syaitan laknattullah ! Kembalilah berjuang dalam meneruskan hidup dan raihlah cinta ALLAH S.W.T . Sesungguhnya cinta pada ALLAH S.W.T tidak akan ada akhirnya . Dan mudah-mudahan ALLAH akan gantikan seseorang yang pernah DIA ambil dari kamu dulu dan DIA gantikan dengan seseorang yang lebih berhak untuk membimbing kamu ke jalan yang diredhai olehNya . Amin .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...