Air Zamzam



☛ Rasulullah S.A.W bersabda , maksudnya : "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki ." (Diriwayatkan daripada Jabir , Ibnu Abbas , Ibnu Umar dan Muawiyah)


☛ Ulama yang mengkaji hadis ini meluaskan huraian mereka mengenainya . Al-Munawa menyatakan bahawa air Zamzam adalah penghulu segala air , air yang paling mulia , paling berharga dan paling disukai . Allah memberi minum air Zamzam ini kepada Nabi Ismail dan menyelamatkannya berserta bondanya daripada dahaga . Berdasarkan peristiwa ini , air Zamzam boleh membantu siapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas bagi memenuhi hajat mereka . Ramai ulama meminum air Zamzam ini bagi mendapatkan suatu hajat , dan mereka memperolehnya .


☛ Antara contohnya adalah sebagaimana yang diceritakan oleh pengarang al-'Aqdus-Sameen , Ahmad bin Abdillah al-Syafii , seorang khadam di Makkah , meminum air Zamzam bagi mengubati matanya yang buta . Menakjubkan , matanya pulih seperti biasa selepas meminum air Zamzam .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...