Jin rumah




☛ Jin rumah adalah jenis jin yang suka menghuni rumah-rumah yang menjadi kediaman manusia . Ia hidup dengan berkongsi makanan dan minuman tuan rumah dalam keadaan mereka tidak menyedarinya . Menariknya tentang jin ini adalah kelakuannya yang bergantung pada sikap tuan rumah . Sekiranya manusia yang menghuni rumah tersebut terdiri daripada orang soleh dan taat dengan ajaran agama , jin ini juga menjadi taat dan soleh . Tetapi sebaliknya jika penghuninya jahat dan kaki maksiat , jin rumah ini mengikut tabiat yang sama . 


☛ Selain itu , jin ini juga membiak dan beranak pinak . Sekiranya ia sudah mula membiak di dalam sebuah rumah , amat sukar bagi mengusirnya . Walau bagaimanapun , jin ini jarang mengganggu atau menimbulkan masalah kepada penghuni rumah , namun kadang-kadang ia mempengaruhi manusia dalam beberapa keadaan :
✿ Penghuni meninggalkan zikrullah dan lalai daripada mengingati Allah .
✿ Tidak mengerjakan solat dan membaca al-Quran atau hanya melakukannya sekali sekala .
✿ Gemar mendedahkan aurat ketika berada di dalam rumah .
✿ Banyak melakukan maksiat dan dosa di dalam rumah tersebut .


☛ Simptom kerasukan jin rumah


✿ Mangsa tidak suka keluar rumah , sebaliknya lebih selesa terperap di dalam rumah .
✿ Sering menangis walau pun tanpa sebab .
✿ Kerap kali berasa takut tanpa diketahui puncanya .


☛ Tips menghindari jin rumah


Terdapat beberapa amalan yang boleh diamalkan bagi menghindari atau menghalau jin rumah ini daripada rumah kita . Amalan ini adalah berdasarkan saranan-saranan Rasulullah S.A.W :
✿ Membanyakkan mambaca al-Quran didalam rumah . Ini berdasarkan kata Rasuluullah S.A.W :
 "Jangan jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan , ketahuilah bahawa syaitan dan jin akan lari daripada rumah kamu apabila penghuninya membaca surah al-Baqarah , Yasin dan al-Shaffat . Itulah surah-surah yang ditakutinya ." (Riwayat Ahmad , Muslim dan Tarmizi)
✿ Jangan membiarkan makanan jatuh ketika sedang makan . Sabda Baginda S.A.W :
 "Syaitan itu ikut bersama kamu ketika kamu sedang makan , jika ada makanan yang jatuh , syaitan akan mengambilnya . Maka hendaklah kamu mengambil makanan yang jatuh dan makanlah . Berhati-hati jangan sampai syaitan mengambilnya ." (Diriwayatkan dari Jabir)
✿ Membersihkan sisa makanan ditangan selepas makan . Sabda Baginda S.A.W :
 "Syaitan itu suka menjilat . Jagalah dirimu daripada penjilat ini . Jika masih ada sisa makanan di tangan , hendaklah membersihakannya ." (Riwayat Tarmizi)
✿ Membaca basmalah sebelum makan . Rasulullah S.A.W menganjurkan amalan ini berdasarkan sabdanya :
 "Jika sesiapa makan dengan dimulai dengan menyebut nama Allah S.W.T , maka syaitan berkata kepada rakan-rakannya 'Malam ini tidak ada makanan bagi kita' . Tetapi jika penghuni rumah tidak menyebut nama Allah ketika makan dan minum , maka syaitan berkata kepada rakan-rakannya , 'Wahai rakan-rakanku , malam ini kita berpesta makan malam yang lazat' ." (Diriwayatkan daripada Husain)


☛ Rawatan Ruqyah bagi kerasukan jin rumah


✿ Membaca surah al-Shaffat sebanyak 3 kali pada air dan diberi minum pada pesakit atau dimandikan . Air yang sama juga digunakan bagi menyiram setiap penjuru rumah . 

1 ulasan :

Chestha Ginanzar berkata...

Terimaksih nak sudah mengungatkan kami tentang anjuran dari Rasululloh S,A,W yang sangat bermanfaat sekali bagi kaum muslimin >>>

rumah dikontrakan di surabaya
rumah dikontrakkan di surabaya
rumah jakarta
Perumahan Baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...