Rahsia lelaki




Cerita porno
 Hasil dari kajian yang telah dilakukan , boleh dikatakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita porno secara langsung ataupun tidak langsung . Ini berkemungkinan disebabkan keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita . Lelaki menonton mungkin disebabkan terpengaruh dengan rakan atau keinginan seks yang membuak-buak .


Lelaki adalah pengintip !
 Salah satu perkara yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka minati . Tidak kira sama ada mereka sudah berpasangan atau tidak . Kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki . Jika mereka ingin mengetahui sesuatu mengenai seseorang wanita , mereka akan berusaha mencari maklumat peribadinya sehingga berjaya .


Lelaki sukar menolak peluang
 Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki , tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman , agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka . Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda .  


Lelaki mudah bosan
 Kebiasaannya , lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan . Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun , sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit . Ketika pertengahan perhubungan , lelaki mula akan berasa bosan kerana melakukan perkara yang sama hampir setiap hari .


Penggoda
 Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki sudah mempunyai pasangan , mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain . Lelaki yang bijak menggoda kebiasaannya menggunakan lirikan mata , senyuman serta melalui percakapan untuk menggoda wanita .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...