Terapi madu



☛ Penyembuhan menggunakan madu tidak hanya disebutkan di dalam al-Quran , Rasulullah S.A.W juga dilaporkan menganjurkan sahabatnya memakan madu bagi memulihkan masalah sakit perut . Abu Said al-Khudri menceritakan :


☛ Ada seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W lalu berkata , "Saudaraku terasa mual-mual perutnya" . Rasulullah S.A.W berkata , "Berilah beliau meminum madu !" Setelah lelaki itu memberikan madu kepada saudaranya , beliau datang lagi kepada Nabi S.A.W dan menyatakan , "Aku telah memberinya minum madu , tetapi perutnya bertambah memulas." Kejadian itu berulang sehingga 3 kali . Pada kali yang ke-4 , Rasulullah S.A.W berkata , "Berilah nya minum madu !" Lelaki tersebut masih lagi menyatakan , "Aku benar-benar telah memberinya minum madu , tetapi perutnya bertambah memulas ." Maka Rasulullah S.A.W berkata , "Maha Benar Allah yang telah berfirman : Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya , di dalam minuman itu terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia . Oleh itu , mungkin ada yang tidak sesuai dengan perut saudaramu itu ." Akhirnya , Rasulullah S.A.W sendiri yang memberikan minum madu dan sembuhlah saudara lelaki itu .


☛ Khasiat madu lebah
❀ Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal .
❀ Mencerahkan mata , memutih dan menguatkan gigi .
❀ Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak .
❀ Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda) .
❀ Madu dan sarang lebah madu merupakan bahan asas kepada krim kulit , lipstik dan losyen tangan .
❀ Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka , melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan .
❀ Menghilangkan kepanasan badan , batuk , selesema , meredakan urat saraf , menstabilkan sistem pernafasan , menguatkan jantung , mengelakkan kencing manis , darah tinggi dan melembabkan kerongkong serta menghilangkan serak suara . 
❀ Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan . Madu lebah juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik , serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh .
❀ Madu lebah mempunyai keupayaan bagi menarik dan menyerap lembapan , oleh yang demikian ia sangat mujarab bagi merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut . Menghilangkan kesan terkena api , air panas dan minyak panas (sapukan) .
❀ Madu lebah adalah punca semula jadi bagi tenaga segera . Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi , mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan .


☛ Pengambilan madu lebah secara berterusan memberikan manfaat kepada kesihatan serta mampu menghindari pelbagai penyakit , antaranya :


❊Kencing manis   ❊Sembelit    ❊Barah/kanser    ❊Selesema 
❊Mata rabun    ❊Sakit puan    ❊Letih/lesu/tenat    ❊Resdung 
❊Lemah tenaga batin/seks    ❊Darah tinggi    ❊Lendir/kahak    ❊Sakit kepala 
❊Penyeri muka    ❊Angin    ❊Awet muda    ❊Luka 
❊Pendarahan otak    ❊Keputihan    ❊Gastrik    ❊Bintik-bintik hitam 
❊Batuk    ❊Rambut gugur    ❊Penyakit kulit    ❊Sakit pinggang 
❊Sakit telinga    ❊Terbakar    ❊Lemah jantung    ❊Haid 
❊Jerawat    ❊Buasir    ❊Pekak    ❊Batuk kering 
❊Lumpuh    ❊Keracunan makanan    ❊Uban(berpenyakit)    ❊Asma/lelah 
❊Susah tidur   ❊Kurang darah    ❊Sakit sendi    ❊Alahan/allergic

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...