kiki muntah pulak . . .

uwaaaaa~
kiki saked lagi !
sdey nye
patod lha soh mkn tamo
muntah-muntah pulak da
tp tatao saked pasal ape
muntah kuning siap pakej nan nasik yg dye mkn smlm
t_T


 sian kiki
lemaw je nengok
bile da saked sume beserabud
muke , badan , bulu sume ta terurus


tuh lha kiki
an mumy da gtao kalo saked bg tau
uhuu~


da lha bulu tuh pnjg
skali nengok da mcm tucen tebiar pulak
kiki kiki kiki
cepad-cepad baek yaa

usha at mr-google nun
carik sal tucen muntah-muntah
sebona eh ku kurang paham
tp yg niy ku paham
tande-tande tucen saked

1-Jarang bermain
2- Tidur lebih lama dari biasanya
3- Nafsu makannya berkurang
4- Lebih pendiam
5- Mulai menyendiri
6- Muntah-Muntah

kiki mcm tuh lha
ku takod n ku tamo kiki matiiiii !
ag 1 bile ku pegang 
kiki mara at ku
t_T
kalo bule dye na duk jaoh-jaoh dr ku


give me a chance



andai aku diberi satu peluang
_________________
_________________
mungkinkah ada peluang itu ?

Segmen Bloglist : Saya Blogger Newbie


1st time niy try juin segmen from senior . ehee~
ta sala kud try an an an 
dari duk sorok dLm blog setinggan niy je
uhuu~ 
thanks FR

Kaedah menyambut kelahiran



Islam menggariskan beberapa perkara yang disunatkan sewaktu menyambut kelahiran bayi mengikut tatacara seperti berikut :


⇝ Panduan untuk suami


✿ Membaca surah-surah berikut semasa menanti saat kelahiran bayi :
⇨ Surah al-Inshiqaq : 1-5 bermaksud :
Apabila langit terbelah , serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh , dan apabila bumi diratakan , sertamengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong , serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh .


⇝ Bersama-sama isteri sewaktu saat kelahiran


 Membaca selawat Taj
Ya Allah selawat dan salam serta berkat kepada penghulu dan tuan kami Muhammad s.a.w yang mempunyai mahkota dan mikraj dan Boraq serta panji-panji . Dia penghalang malapetaka , penyakit berjangkit , kebuluran dan bisa-bisa . Namanya tertulis tinggi diberi kuasa memberi syafaat , disebut-sebut di dalam Luh (buku catatan) dan pena . Penghulu segala Arab dan bukan Arab . Tubuh baginda suci wangi , suci dari kekotoran , bercahaya di dalam rumah Allah dan seluruh tanah suci . Matahari bersinar , bulan mengambang , dada yang tinggi , cahaya petunjuk , gua yang dalam , lampu yang menerangi kegelapan , indah akhlaknya . Memberi syafaat keseluruh umat , memiliki kemuliaan penghormatan . Dan Allah matlamatnya dan Jibril Khadimnya dan Buraq itu kenderaannya dan Mikraj itu pelayarannya dan Sidratul Muntaha tempatnya . Kedudukan sedekat alat pelancar panah , kehendak dan keinginan itulah maksudnya dan maksudnya telah berlaku . Penghulu sekalian rasul , penamar sekalian nabi , pemberi syafaat pada orang-orang yang berdosa , lembut pada yang tidak dikenali , membawa rahmat keseluruh alam , memberi ketenangan pada orang yang beramal ibadah . Dia menghendaki orang yang berbual tentangNya . Dialah matahari kepada orang yang mengetahui (ulama) cahaya penyuluh bagi orang yang baru belajar . Dia suka orang fakir dan tidak dikenali dan miskin . Dia penghulu 2 mahluk besar (jin dan manusia) . Dia nabi 2 tempat suci , imam 2 kiblat , Dia perantaraan 2 tempat (dunia dan akhirat) . Dia adalah pemilik kedudukan terdekat dengan Allah . Dia dicintai oleh Tuhan yang memiliki 2 timur dan 2 barat . Dia datuk kepada Hassan dan Hussin . Maulana penghulu kami dan penghulu 2 mahluk , Dia adalah bapa kepada Qasim , Muhammad bin Abdullah , cahayanya dari cahaya Allah . Wahai orang-orang yang mencari cahaya cahayakan kecantikkan Nabi , selawat kamu padanya , ahli keluarganya dan para sahabatnya serta ucapkan salam sejahtera dengan sempurna ke atasnya .




⇝ Panduan untuk isteri


 Memperbanyakkan istighfar , tasbih , tahmid takbir , tahlil


 Membaca selawat Taj


 Mengucapkan Alhamdulillah selepas bayi selamat dilahirkan


 Berdoa agar zuriat ini menjadi anak yang soleh dan solehah
Wahai Tuhan kami berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami , perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya , dan jadikanlah kami imam/pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa .


 Penyusuan ibu
⇨ Firman Allah bermaksud :
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu . (Al-Baqarah : 233)


 Doa ketika penyusuan bayi
Dengan namamu Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang , wahai Tuhan kami , berkatilah dengan apa yang telah Engkau berikan kepada kami dan tambahkan daripadanya .


 Mandi wajib nifas (kering darah)
Mandi wajib nifas ialah berhentinya darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik walaupun belum sampai 40/60 hari . Lafaz niatnya (Sahaja aku menyucikan diriku daripada hadas nifas fardhu ke atas ku kerana Allah Ta'ala) .

lukis dan lukisan


lame kud da tak melukis
jari jemari pun da keras cam kayu
rindoo sgt na melukis balek 
tapi
mood belom sampai ag
dapad lukis picx at atas tuh pun jadix lha
buad lepas geram bub tgok adik melukis katoon
hihihi




alahaii jari
bile na kreatif balek niy ? ?
huxhuxhux

alda ~ aku tak biasa


mungkin diriku harus pergi
selamanya darimu
atau ku harus mengakhiri
cinta ini kepadamu

kini cintaku telah kau bagi
tak sanggup ku hadapi semua ini

aku tak biasa 
bila tiada kau disisi ku
aku tak biasa bila ku tak mendengar suaramu
aku tak biasa
bila tak memeluk dirimu
aku tak biasa bila ku tidur tanpa belaian mu
aku tak biasa
aku tak biasa

ku cuba untuk terus berlalu
dari hatimu
namun tak biasa
bayangan itu selalu mengganggu
dalam tidur ku
ku menangis

kau kekasihku yang terakhir


selalu aku mengalah
aku biarkan hati terhiris
walau airmata berkali menitis
tapi aku sapu mesra
airmata ini yang membuat hati aku puas
yang membuat aku lupa segala

pernahkah kau terfikir
apa yang aku fikir
pernahkah kau peduli
tentang hati ini
pernahkah kau mengerti
perasaan hati ini


bukan harta yang aku minta
bukan kekayaan yang aku damba
aku cuma mahukan sebuah kebahagiaan
sebuah pengertian
dan sebuah kepercayaan

aku sanggup berubah
andai kau juga sanggup berubah
demi perhubungan ini
aku rela korbankan segala
andai kau berjanji
hati ini kau jaga sebaiknya


ketahuilah
hati ini bukan batu
hati ini bukan kayu
walau sedikit ucapan kau
hati ini akan terguris
lembutnya hati ini
bukan aku yang pinta
tapi anugerah dari Tuhan

Tuhan anugerahkan kau pada aku
aku terima seikhlasnya
walau pada mulanya hati ini berteka-teki
tapi aku tetap terima 
dengan harapan satu hari nanti
akan ada cinta buat kau


tapi sekarang
aku tak tahu
adakah aku mampu
bersabar dengan semua dugaan
tempuhi halangan yang mendatang
bersama dengan kau sayang

jujur dari dalam hati ku
yang paling dalam
aku sayangkan kau
aku tak mampu hidup tanpa kau
aku tak mampu berjauhan dengan kau


aku tahu aku tak mampu 
walau secebis pun mengubah diri kau
kerna aku tahu
aku bukanlah yang terbaik untuk kau
tapi aku cuba
walau kadang aku kalah
dengan perasaan sendiri

aku harap aku dapat merasakan nikmat bahagia
bersama kau
untuk pertama kali dan terakhir
sebelum aku pergi

koLeksi terbaik ! dan terpilih

uhux~ if 7-8 taon duLu , rase mewah n begaye da kai nsed at ☟ niy .
tp skg da ta pandang da .
hixhix~
tp kenangan tuL sume nsed-nsed niy .









bebudak skg pon da pandai pileh nsed .
nak yg de mp3 mp4 mp5 mp6 haa mek kau haxhax~ .
n yg paling penting de camera .
wajeb tuh .
same lha mcm saia . huahua~
tp nsed cam at☝sume tuh pon ok pe .
bule gune time sesak .
kihkih~



rindoo mao gune nsed niy ag . ehee~


ta gune ! punye nsed . huahua . rusak suda . t_T


belek punye belek .
skud punye skud . 
usha punye usha . .
tenampak lak nsed at☝ tuh .
bekenan pulak rase ati niy .
uhuu~
nan wane pink nye tuh .
fuhh jato ♥ trus .
kihkih~
rase-rase bule dapad ka ?
huxhux ~~"

Prosedur mengambil anak angkat


➜ Prosedur ini adalah mengikut undang-undang di Malaysia menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) . Perkara yang perlu dipatuhi sebelum mengambil anak angkat adalah seperti berikut :


⇝ Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat , faks , telefon , e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustatin .


⇝ Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan . Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut :
 ● Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan .
 ● Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan .
 ● Salinan kad pengenalan pemohon (suami isteri) .
 ● Lain-lain dokumen yang berkaitan .


➜ Siapa yang layak mengambil anak angkat ?


⇝ Pasangan suami isteri yang sah , ibu tunggal yang menetap / tinggal di Malaysia .


➜ Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang ?


⇝ Permohonan boleh dibuat dalam masa 3 bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon . Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan . Akta yang diguna pakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) .


⇝ Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253) . Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas 2 tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara . Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253 , iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja . Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas 2 tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon . Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara .


➜ Peringatan !


⇝ Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kapada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta Kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali .


     ⋆Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia            

Tips atasi stress dalam hubungan


❊ Ramai yang suka memendam rasa kononnya untuk menjaga hati pasangan . Tapi akhirnya memakan diri . Bukan saja membuat anda menderita malah hubungan menjadi tegang . Sebaiknya luahkan lah isi hati kepada pasangan . Pilih masa yang sesuai dan gunakan bahasa lembut dalam nada rendah . Luahan ini akan menyedarkan pasangan betapa anda terluka dengan perbuatannya . 

❊ Kadang stress berlaku kerana bosan dengan rutin kehidupan seharian yang dilalui . Sekali sekala ajak lah pasangan bercuti . Percutian dapat meredakan tekanan dan paling penting dapat mengeratkan kembali hubungan bersama pasangan .

❊ Lumrah manusia , walau mempunyai keluarga dan teman-teman mereka tetap mahukan privasi untuk diri sendiri . Di kala pasangan kelihatan begitu tegang , tinggalkan lah dia untuk seketika . Beri ruang privasi kepadanya untuk menenangkan diri .

❊ Pastikan kediaman sentiasa bersih , kemas dan selesa . Persekitaran yang damai dapat membantu menstabilkan perasaan anda dan pasangan .

❊ Perkahwinan adalah satu perkongsian yang unik . Anda perlu selalu berkomunikasi dan berkongsi segalanya bersama . Ia akan membuatkan anda dan pasangan lebih bahagia dan rasa dihargai .

❊ Jika timbul masalah , selesaikan dengan cara yang baik . Usah mencari siapa yang salah sebaliknya muhasabah diri . Jangan sesekali mengungkit kesalahan yang dilakukan pasangan .

Renungan bersama ❁◕ ‿ ◕❁


⇨ Jauhilah dirimu dari dosa-dosa kerana ia akan menyebabkan jauhnya dirimu dari Tuhanmu

✿ Peliharalah mata dari melihat perkara yang haram .
✿ Peliharalah telinga dari mendengar hal yang haram .
✿ Peliharalah tangan dari melakukan perkara yang haram .
✿ Peliharalah kaki dari melangkah ke tempat yang haram .
✿ Peliharalah kemaluanmu dari melakukan perbuatan yang haram .
✿ Peliharalah lidahmu dari berkata hal yang ditegah syara' .
✿ Peliharalah akalmu dari berkhayal tentang perkara yang haram .

Dosa yang memerlukan taubat kepada Allah



❀ Meninggalkan puasa di bulan Ramadhan .
❀ Meninggalkan solat fardhu .
❀ Bernazar tetapi tidak melaksanakan nazar tersebut .
❀ Tidak mengeluarkan zakat .
❀ Tidak menunaikan haji walaupun ada kemampuan .
❀ Mendatangi bomoh atau dukun atau pawang untuk meminta pandangan .
❀ Mempercayai apa yang bomoh atau pawang katakan .
❀ Berjudi .
❀ Minum arak .
❀ Berkhalwat dengan seseorang yang bukan muhrim .
❀ Melihat wanita yang bukan mahram dengan penuh syahwat .
❀ Mengkhayalkan melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina , minum arak dan sebagainya .
❀ Tidak menutup aurat secara sempurna .


 Bertaubat kepada Allah


 Meninggalkan dosa tersebut dengan sebenar-benarnya .
✿ Menyesal dengan bersungguh-sungguh .
✿ Tidak mengulangi kembali kesalahan yang dilakukan .
✿ Jika pernah bernazzar dengan Allah , hendaklah membayar kembali nazar itu meskipun sudah bertahun . Kerana nazar wajib dibayar .
✿ Puasa yang tertinggal meskipun sudah bertahun hendaklah dibayar . Kira berapa jumlah puasa ditinggalkan , kemudian bayar fidyah disamping mengqada' kembali puasa tersebut . Tidak perlu berterusan jika tidak mampu . 
⇨ Lakukan pada hari isnin dan khamis atau
⇨ Puasa mencontohi Nabi Daud a.s
✿ Mengira kembali jumlah waktu solat meskipun bertahun lama telah ditinggalkan . Gantikan solat-solat fardhu yang telah ditinggalkan itu dengan solat qada' .
✿ Dalam 2 perkara itu , jika kita mati ketika sedang berusaha membayar kembali puasa dan solat yang tertinggal , mudah-mudahan Allah telah menerima taubat dan qada' yang dilakukan .
✿ Zakat jika zakat itu zakat perniagaan , jumlahkan kembali hasil perniagaan yang diterima dan kirakan kembali .
✿ Segera menunaikan haji ke makkah jika sudah cukup keperluan .
✿ Berdoalah setiap hari semoga Allah menerima taubat kita dan menerima kembali amalan kita .

Ciri-ciri suami dan isteri yang soleh



 Ciri-ciri suami yang soleh


❀ Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasul-Nya serta berkemampuan untuk membimbing isterinya ke jalan yang diredhai Allah .
❀ Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin .
❀ Suami yang sedia memberikan nasihat , bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah s.w.t .
❀ Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal , pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya .
❀ Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya .
❀ Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan , kebajikan dan kesihatannya .
❀ Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu .
❀ Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka .
❀ Sentiasa memberikan kasih sayang , belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya .
❀ Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak .
❀ Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain .
❀ Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras , berjudi , berzina , menipu , mencuri dan sebagainya .
❀ Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya . Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya .
❀ Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan , jangan biarkan dirinya dalam keadaan bersedih .
❀ Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri , zahir dan batin .
❀ Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain .
❀ Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya .
❀ Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab .


 Ciri-ciri wanita solehah


✿ Mencintai Allah dan Rasul-Nya
≈ Ini merupakan satu perintah utama kepada manusia tanpa mengira sama ada lelaki atau perempuan . Firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kalian mencintai Allah , maka ikutlah aku , nescaya Allah akan mengasihi kalian , dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani" . Ini juga berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman , menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada kedua-duanya" . (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


✿ Mentaati ibu bapa
≈ Mentaati ibu bapa termasuklah ibu bapa mertua merupakan satu ciri-ciri wanita yang solehah . Ini merupakan perintah Allah s.w.t melalui firman-Nya dalam surah Israk ayat 23 yang bermaksud :
"Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa" .


✿ Mentaati suami dalam perkara makruf
≈ Taat pada suami merupakan perintah Allah dan Rasul selagi suami tidak mengarahkan si isteri berbuat maksiat . Ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa ayat 34 yang bermaksud :
"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya , oleh kerana Allah telah memelihara mereka" .
Manakala sabda Rasulullah s.a.w :
"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia , tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya" . (Riwayat al-Tarmizi hasan sahih)


✿ Menguruskan rumah tangga
≈ Seorang isteri perlu mengetahui selok belok menguruskan rumah tangga dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak , memasak dan sebagainya . Seorang isteri mestilah mencari ilmu tentang bagaimana menguruskan rumah dan ini sejajar dengan tuntutan mencari ilmu seperti hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim" .


✿ Berhias untuk suami
Menghias diri untuk suami merupakan satu tuntutan buat seorang isteri seperti mana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita . Baginda menjawab , yang menyukakan kamu bila memandangnya . Apabila disuruh dai patuh , menjaga rahsia mu dengan baik dan menjaga harta kamu" .


✿ Berpakaian menurut ajaran islam
Menjaga aurat merupakan satu tuntutan di dalam Islam . Seorang isteri yang solehah , akan menjaga batasan auratnya dalam berpakaian untuk menjaga maruah dirinya , suami dan keluarga . Berdasarkan perintah Allah s.w.t dalam surah Al A'araf ayat 26 yang bermaksud :
"Hai anak Adam , sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi aurat mu dan pakaian indah sebagai perhiasan . Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik . Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah , mudah-mudahan mereka selalu ingat" .


✿ Menjaga batas pergaulan
Seorang isteri solehah perlu menjaga batas pergaulannya . Malah , seorang isteri solehah tidak boleh sengaja melembut-lembutkan suaranya dan menundukkan pandangannya apabila bercakap dengan lelaki yang bukan muhrimnya untuk mengelakkan fitnah serta menjaga maruah suaminya .


✿ Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya . Jika kawan-kawannya solehah , maka dia juga memiliki sifat yang sama . Sabda Rasulullah s.a.w :
"Seseorang itu berada di atas agama kawannya . Oleh itu , perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya" .

Kemasukan jin


☛ Proses kemasukan jin ke dalam tubuh manusia bermula dari pelbagai faktor . Secara umumnya , punca kemasukannya disebabkan oleh perbuatan dua makhluk , samada berasal dari jin atau manusia sendiri . Hal berpunca yang disebabkan jin :


❀ Jin lelaki jatuh cinta kepada manusia dan begitu pula sebaliknya .
❀ Kezaliman jin yang sengaja mencari masalah dengan mengganggu manusia tanpa sebab yang jelas . 
❀ Sikap jin yang dengki (hasad) atas kelebihan manusia yang tidak dimiliki mereka . Bahkan ada jin yang bercita-cita menjadi manusia dan merasakan diri mereka telah menjadi manusia .


 Disebabkan manusia :


❀ Kezaliman manusia terhadap golongan jin .
❀ Sikap manusia yang sombong dan bercakap besar sehingga menyinggung perasaan sebahagian mahluk jin .
❀ Keadaan manusia yang menyebabkan jin mudah masuk ke dalam tubuhnya . Contoh : manusia yang pemarah , penakut , nafsu syahwat yang tinggi dan lalai . 


 Cara mengenali adanya makhluk ghaib didalam tubuh


❊ Ketika tidur :
❀ Susah tidur malam . Tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah .
❀ Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut .
❀ Mimpi buruk .
❀ Mimpi perkara-perkara yang menakutkan dan menyeramkan .
❀ Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing , anjing , unta , ular , serigala , tikus dan sebagainya .
❀ Bunyi gigi bergerak-gerak ketika tidur .
❀ Ketawa , menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur .
❀ Berdiri dan berjalan ketika tidur .
❀ Mimpi jatuh dari tempat tinggi .
❀ Mimpi berada di kawasan kotoran atau di kawasan perkuburan .
❀ Bermimpi berada di tempat yang sunyi .
❀ Mimpi melihat makhluk yang menakutkan seperti hantu .
❀ Mimpi melihat anak kecil .
❀ Mimpi melihat salib atau gereja .
❀ Merintih dan menangis ketika tidur .
❀ Mimpi diancam benda tajam seperti pisau , paku dan sebagainya .


❊ Ketika jaga :
❀ Selalu pening . 
❀ Selalu lalai mengingat Allah s.a.w .
❀ Hilang ingatan atau gila . 
❀ Sering lesu dan malas .
❀ Rasa sakit di salah satu anggota badan .
❀ Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang .
❀ Nyeri di sendi-sendi utama .
❀ Melihat sesuatu yang pelik semasa terjaga .
❀ Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti menginjak telur atau batu .
❀ Mudah panik dan cemas apabila menghadapi suatu ujian .
❀ Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan .
❀ Sentiasa mengantuk terutama sekali di majlis ilmu .
❀ Mudah marah dan panas badan .
❀ Emosional dan terlalu sensitif .

Fahami erti cinta



✯ Cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta .

✯ Apabila manusia gagal mencintai Allah , maka cinta sejati tidak akan ditemuinya .

✯ Kamu sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta . 

✯ Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap , perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang bukan daripada kata-kata bermadah walaupun terlalu indah .

✯ Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri .

✯ Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran . Hanya dengan keikhlasan dan kejujuran cinta sejati dapat dibentuk .

✯ Kamu sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya kamu mengatakan sering gagal dalam percintaan .

✯ Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab 'cinta itu buta' tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta . 

✯ Kamu adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya kamu sering mengucapkan 'aku cinta padamu' dan 'adakah kau mencintaiku' .

✯ Cinta adalah anugerah Tuhan , mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang . 

kau buat aku ! ! arghh gigi bungsu ! !



t_T masox rini da 5 ari gusi ku bengkak gare-gare gigi bungsu ! ! saked saked saked sanad ! ! uwaaa~ rase cam na amex hammer ketux ketux ketux gigi niy pai penyex . t_T dekad 50 bijix ubad ku telan semate-mate na ilang kan rase saked niy . tp ilang nye tuk mase 1-2 jam je . lame-lame ku matix obedos ubad . . huxhux~ lame jugax ta meragam gigi niy tp sekali dye meragam cam na teputos urad-urad ku d buad nye . . ku da tabule tahan ! mcm-mcm ubad da telan tp sume tabule na baek kan . kenape kau mesti tumbuh gigi ! nape ta duk je kat dalam nun . tapaya keluar . . kan senang . tade lha ku kne tahan perasaan yg becampur-campur cam nasix campur niy . uwaaa~ naseb jiran sebela nye ta meragam same cam niy lao ta matix ku . . tp baru ku perasan . . gigi bungsu belah atas niy bile tumbuh nye ex ? . . nape tade rase sesaked yg bwh niy ? . . ahh lantak demo lha . uhuu~ Tuhan je yg tau betape saked nye gigi niy na tumbuh . Bak pepatah mak ku . Mase kecik-kecik dulu cam niy lha ku saked . menangis demam segale . tp mase tuh kan kecik ag so mak lha yg kene jage . tp da besa gini kene lha jage diri sendiri . ag poms mse kecik bkn ku inad poms camna rase saked gigi . mybe Tuhan na kasik rase n tau mcm mane mak ku jage ku time saked gigi na tumbuh niy . huahua~ tp kalo gigi nye senget bule ka cabud . kalo bule pas baek gusi ku . ku mao suro doc buang dye . ta sanggup mao tahan saked yg berhari-hari , berminggu-minggu . . . pinsan ku lao gni ag . . t_T sabo je lhaa .

lbey kurang cam niy lha gigi nye tumbuh t_T

Punca isteri berpaling


 Kurang perhatian
❀ Alasan atau punca paling utama seorang wanita ataupun isteri mula melakukan hubungan sulit . Sering ditinggalkan suami atau kerap diabaikan membuatkan wanita mula rasa terpinggir . Keadaan ini menimbulkan satu perasaan untuk mencari insan lain yang boleh mendampingi dirinya . Sikap suami yang tidak prihatin atau peka tentang isteri juga membuatkan wanita mudah merasa bosan .

 Terlalu banyak perbezaan
❀ Ramai yang mengatakan perbezaan antara dua insanlah yang membuatkan perhubungan lebih menyeronokkan . Tapi jika perbezaan itu terlalu banyak dan besar maka akan ada ruang untuk berlaku kecurangan .

 Berubah sikap
❀ Perubahan sikap suami setelah berumah tangga juga boleh menjadi penyebab . Jika dulu romantik dan penuh kasih sayang kini semuanya hilang entah ke mana . Sikap yang didambakan setiap wanita sudah tiada lagi .

 Perhatian dari lelaki lain
❀ Wanita akan merasakan getaran yang berbeza jika mendapat perhatian lelaki selain dari pasangan mereka .

 Balas rasa sakit hati
❀ Boleh jadi juga isteri berlaku curang hanya kerana ingin membalas sakit hati akibat hubungan sulit yang dilakukan pasangannya . Sekalipun wanita lebih banyak menyimpannya dalam hati namun ada juga yang berani menyamakan langkah .

Janin juga boleh merasai cinta ❤



☛ Janin mampu merasai emosional dan naluri untuk merasai cinta kedua ibu bapanya . Janin juga boleh melihat , mendengar , merasa , mengingat dan berfikir sebelum dirinya dilahirkan . Bagaimana janin boleh merasai emosi ibu mereka ? Cinta yang dirasai janin adalah menerusi hormon-hormon yang dikeluarkan oleh tubuh anda . Ibu yang tertekan akan membentuk banyak hormon tekanan yang disebut catecholamines dan turut dirasai janin .

☛ Berbicaralah dengan janin untuk menyampaikan rasa cinta anda . Sejak usia 16 minggu , janin boleh mendengar bunyi degupan jantung anda dan mendengar bunyi perut anda saat kelaparan . Pada usia 25 minggu , ia boleh mendengar suara dari luar kandungan . Ia juga boleh membezakan antara suara ayah dan lelaki lain sewaktu diajak berbicara .

☛ Janin juga boleh merasai sentuhan . Walaupun ia diselubungi air ketuban , tak bererti anda tidak boleh menyentuhnya . Saat anda menekan perut dengan lembut , pasti ia akan menekan kembali perut anda . Janin juga dapat membezakan antara sentuhan ibu bapa dengan sentuhan orang lain .

☛ Kehamilan usia 20an
❀ Secara umum , pada usia ini tubuh masih kuat dan mempunyai banyak tenaga untuk menghadapi perjalanan kehamilan , menyusukan bayi dan merawat bayi .
❀ Ovari pula sangat aktif menghasilkan sel-sel telur matang yang muda , sihat dan segar setiap bulan .
❀ Peluang untuk hamil dan melahirkan bayi yang sihat adalah 30 peratus iaitu kadar peratusan tertinggi berbanding peringkat usia yang lain .
❀ Risiko gangguan kesuburan dan gangguan pembiakan tahap yang rendah .
❀ Risiko berhadapan diabetes gestational (kencing manis sewaktu hamil) adalah 2 peratus .
❀ Ada risiko darah tinggi ketika hamil tapi kadarnya rendah .
❀ Risiko keguguran sebanyak 9.5 peratus iaitu antara 20 ke 25 tahun dan 10 peratus iaitu antara 26 ke 29 tahun .
❀ Risiko bayi menderita sindrom down 1:1667 , risiko kelainan kromosom 1:526 iaitu antara usia ibu 20 ke 25 tahun . Bagi ibu berusia 26 ke 30 tahun risiko bayi sindrom down meningkat kepada 1:1250 peratus dan kelainan kromosom 1:476 .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...