Dosa yang memerlukan taubat kepada Allah



❀ Meninggalkan puasa di bulan Ramadhan .
❀ Meninggalkan solat fardhu .
❀ Bernazar tetapi tidak melaksanakan nazar tersebut .
❀ Tidak mengeluarkan zakat .
❀ Tidak menunaikan haji walaupun ada kemampuan .
❀ Mendatangi bomoh atau dukun atau pawang untuk meminta pandangan .
❀ Mempercayai apa yang bomoh atau pawang katakan .
❀ Berjudi .
❀ Minum arak .
❀ Berkhalwat dengan seseorang yang bukan muhrim .
❀ Melihat wanita yang bukan mahram dengan penuh syahwat .
❀ Mengkhayalkan melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina , minum arak dan sebagainya .
❀ Tidak menutup aurat secara sempurna .


 Bertaubat kepada Allah


 Meninggalkan dosa tersebut dengan sebenar-benarnya .
✿ Menyesal dengan bersungguh-sungguh .
✿ Tidak mengulangi kembali kesalahan yang dilakukan .
✿ Jika pernah bernazzar dengan Allah , hendaklah membayar kembali nazar itu meskipun sudah bertahun . Kerana nazar wajib dibayar .
✿ Puasa yang tertinggal meskipun sudah bertahun hendaklah dibayar . Kira berapa jumlah puasa ditinggalkan , kemudian bayar fidyah disamping mengqada' kembali puasa tersebut . Tidak perlu berterusan jika tidak mampu . 
⇨ Lakukan pada hari isnin dan khamis atau
⇨ Puasa mencontohi Nabi Daud a.s
✿ Mengira kembali jumlah waktu solat meskipun bertahun lama telah ditinggalkan . Gantikan solat-solat fardhu yang telah ditinggalkan itu dengan solat qada' .
✿ Dalam 2 perkara itu , jika kita mati ketika sedang berusaha membayar kembali puasa dan solat yang tertinggal , mudah-mudahan Allah telah menerima taubat dan qada' yang dilakukan .
✿ Zakat jika zakat itu zakat perniagaan , jumlahkan kembali hasil perniagaan yang diterima dan kirakan kembali .
✿ Segera menunaikan haji ke makkah jika sudah cukup keperluan .
✿ Berdoalah setiap hari semoga Allah menerima taubat kita dan menerima kembali amalan kita .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...