Fahami erti cinta



✯ Cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta .

✯ Apabila manusia gagal mencintai Allah , maka cinta sejati tidak akan ditemuinya .

✯ Kamu sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta . 

✯ Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap , perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang bukan daripada kata-kata bermadah walaupun terlalu indah .

✯ Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri .

✯ Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran . Hanya dengan keikhlasan dan kejujuran cinta sejati dapat dibentuk .

✯ Kamu sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya kamu mengatakan sering gagal dalam percintaan .

✯ Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab 'cinta itu buta' tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta . 

✯ Kamu adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya kamu sering mengucapkan 'aku cinta padamu' dan 'adakah kau mencintaiku' .

✯ Cinta adalah anugerah Tuhan , mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang . 

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...