Janin juga boleh merasai cinta ❤



☛ Janin mampu merasai emosional dan naluri untuk merasai cinta kedua ibu bapanya . Janin juga boleh melihat , mendengar , merasa , mengingat dan berfikir sebelum dirinya dilahirkan . Bagaimana janin boleh merasai emosi ibu mereka ? Cinta yang dirasai janin adalah menerusi hormon-hormon yang dikeluarkan oleh tubuh anda . Ibu yang tertekan akan membentuk banyak hormon tekanan yang disebut catecholamines dan turut dirasai janin .

☛ Berbicaralah dengan janin untuk menyampaikan rasa cinta anda . Sejak usia 16 minggu , janin boleh mendengar bunyi degupan jantung anda dan mendengar bunyi perut anda saat kelaparan . Pada usia 25 minggu , ia boleh mendengar suara dari luar kandungan . Ia juga boleh membezakan antara suara ayah dan lelaki lain sewaktu diajak berbicara .

☛ Janin juga boleh merasai sentuhan . Walaupun ia diselubungi air ketuban , tak bererti anda tidak boleh menyentuhnya . Saat anda menekan perut dengan lembut , pasti ia akan menekan kembali perut anda . Janin juga dapat membezakan antara sentuhan ibu bapa dengan sentuhan orang lain .

☛ Kehamilan usia 20an
❀ Secara umum , pada usia ini tubuh masih kuat dan mempunyai banyak tenaga untuk menghadapi perjalanan kehamilan , menyusukan bayi dan merawat bayi .
❀ Ovari pula sangat aktif menghasilkan sel-sel telur matang yang muda , sihat dan segar setiap bulan .
❀ Peluang untuk hamil dan melahirkan bayi yang sihat adalah 30 peratus iaitu kadar peratusan tertinggi berbanding peringkat usia yang lain .
❀ Risiko gangguan kesuburan dan gangguan pembiakan tahap yang rendah .
❀ Risiko berhadapan diabetes gestational (kencing manis sewaktu hamil) adalah 2 peratus .
❀ Ada risiko darah tinggi ketika hamil tapi kadarnya rendah .
❀ Risiko keguguran sebanyak 9.5 peratus iaitu antara 20 ke 25 tahun dan 10 peratus iaitu antara 26 ke 29 tahun .
❀ Risiko bayi menderita sindrom down 1:1667 , risiko kelainan kromosom 1:526 iaitu antara usia ibu 20 ke 25 tahun . Bagi ibu berusia 26 ke 30 tahun risiko bayi sindrom down meningkat kepada 1:1250 peratus dan kelainan kromosom 1:476 .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...