Prosedur mengambil anak angkat


➜ Prosedur ini adalah mengikut undang-undang di Malaysia menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) . Perkara yang perlu dipatuhi sebelum mengambil anak angkat adalah seperti berikut :


⇝ Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat , faks , telefon , e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustatin .


⇝ Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan . Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut :
 ● Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan .
 ● Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan .
 ● Salinan kad pengenalan pemohon (suami isteri) .
 ● Lain-lain dokumen yang berkaitan .


➜ Siapa yang layak mengambil anak angkat ?


⇝ Pasangan suami isteri yang sah , ibu tunggal yang menetap / tinggal di Malaysia .


➜ Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang ?


⇝ Permohonan boleh dibuat dalam masa 3 bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon . Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan . Akta yang diguna pakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) .


⇝ Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253) . Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas 2 tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara . Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253 , iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja . Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas 2 tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon . Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara .


➜ Peringatan !


⇝ Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kapada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta Kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali .


     ⋆Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia            

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...