Punca isteri berpaling


 Kurang perhatian
❀ Alasan atau punca paling utama seorang wanita ataupun isteri mula melakukan hubungan sulit . Sering ditinggalkan suami atau kerap diabaikan membuatkan wanita mula rasa terpinggir . Keadaan ini menimbulkan satu perasaan untuk mencari insan lain yang boleh mendampingi dirinya . Sikap suami yang tidak prihatin atau peka tentang isteri juga membuatkan wanita mudah merasa bosan .

 Terlalu banyak perbezaan
❀ Ramai yang mengatakan perbezaan antara dua insanlah yang membuatkan perhubungan lebih menyeronokkan . Tapi jika perbezaan itu terlalu banyak dan besar maka akan ada ruang untuk berlaku kecurangan .

 Berubah sikap
❀ Perubahan sikap suami setelah berumah tangga juga boleh menjadi penyebab . Jika dulu romantik dan penuh kasih sayang kini semuanya hilang entah ke mana . Sikap yang didambakan setiap wanita sudah tiada lagi .

 Perhatian dari lelaki lain
❀ Wanita akan merasakan getaran yang berbeza jika mendapat perhatian lelaki selain dari pasangan mereka .

 Balas rasa sakit hati
❀ Boleh jadi juga isteri berlaku curang hanya kerana ingin membalas sakit hati akibat hubungan sulit yang dilakukan pasangannya . Sekalipun wanita lebih banyak menyimpannya dalam hati namun ada juga yang berani menyamakan langkah .

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...