Dunia kembar


❁ Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma . Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa . 

❁ Kembar tak seiras berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza . Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama . 

❁ Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapatkan anak kembar . Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus .

❁ Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang , berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat .

❁ Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir .

❁ Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan , sama ada salah satu atau keduanya . Berkemungkinan berpunca daripada masalah uri , tali pusat terbelit , kecacatan dan lain-lain . 

❁ Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu . Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds .

❁ Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami pre-eklampsia , iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis .

❁ Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar , ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapatkan placenta previa , di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil .

❁ Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa . 

❁ Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar .

❁ Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makana berkhasiat , vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah .

❁ Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat , akibatnya ibu mudah sakit punggung , sesak nafas , rasa nyeri pada perut dan sembalit .

❁ Penambahan beban pada jantung , paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat . 

❁ Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan , ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam keadaan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil . 

❁ Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan ceasarean mahupun kelahiran normal .

❁Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi .

❁ Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah keplasenta meningkatkan dan pertumbuhan janin lebih cepat . 

❁ Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung , melahirkan dan membesarkan anak kembar .

❁ Gandakan bajet . Persiapkan mental anda untuk menghadapi pembelanjaan yang berganda bila si kembar lahir . Jadi , sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar , mulalah menabung untuk keperluan kelak . 

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...