i don't need you anymore


Dulu . .
aku hampir tenggelam didalam lautan
tapi . .
kau datang dan menghulurkan tangan
lalu . .
aku genggam erat jari-jemarimu 
agar . .
aku tidak terus tenggelam

kehadiran kau tak pernah aku duga
walau diawalnya hanya lakonan semata²
tapi aku terpaksa akur dengan ketentuanNya
Ye . . kau memang ditakdirkan untuk aku
andai saja aku bisa berkata tidak waktu itu
tentu hari ini aku masih lagi dengan dunia rekaan ku
memang aku harus bersyukur dengan kehadiran kau
tapi dalam masa yang sama
aku menyesal dengan segalanya

perlahan² aku semai kasih dalam hati aku
setiap hari aku baja dengan rasa sayang
hari demi hari putik² kasih dan sayang dapat aku rasai
hari² aku jaga agar ianya terus mekar
dan akhirnya aku berjaya
aku dapat rasakan yang "aku sayang kau"

tapi ! 
kau hancurkan semuanya
sekeping demi sekeping kelopak kasih dan sayang terbang
dan terus menghilang
semuanya kerana kau !
dengan sepenuh hati aku semai , aku baja
tanpa hati kau musnahkan segalanya

untuk kedua kalinya aku semai kasih dan sayang
tapi tidak dengan sepenuh hati
dengan harapan agar kau bisa menghargai
tapi sayang
kau masih tak mengerti
kau hancurkan kau rosakkan segalanya !
berkali² aku mencuba hingga sampai satu saat
aku hilang punca
aku hilang arah tuju
dan tanpa aku sedar aku mengungkapkannya
"aku benci kau"
itulah yang aku rasakan
itulah perasaan yang sedang mekar dalam diri aku
hingga saat ini
dan mungkin selamanya

maafkan aku
memang itu yang aku rasakan
aku benci segalanya
tapi aku masih mencuba
andai aku bisa hapuskan rasa itu
tapi takkan semudah yang kau sangka
luka hati aku tak mudah disembuh
luka hati aku lebih sakit dari luka ditangan
segala kenangan duka takkan mampu dipadam
hanya dengan pujuk rayu kau
walau tangisan berdarah sekalipun
takkan mudah untuk aku maafkan kau
setelah bertahun aku memendam perasaan
dan aku tak mahu itu berterusan
mungkin hanya ada satu jalan
tapi aku tahu takkan pernah ada jalan itu
kerana ego kau
aku pasrah menjalani kehidupan yang menyakitkan

aku takkan pernah lagi berharap
kau bisa merubah segalanya
semoga kau bahagia melihat titisan airmata ini
semoga kau bahagia melukakan hati ini
dan semoga kau bahagia melihat aku derita
terima kasih untuk segalanya

sisa-sisa akhir


dilangit awan masih mendung
semendung hatiku
aku tak pernah tahu
apa tujuan dalam hidup
aku buntu

aku masih berharap
ada sinar untuk menerangi
tapi sinar itu masih samar
mungkinkah selamanya
hidup aku akan kegelapan

Ya Tuhan
aku redha dengan takdir Mu
aku ikhlas menerima Qada' dan Qadar Mu
aku terima segalanya
tapi aku tak kuat untuk terus diuji
dugaan Mu tersangatlah besar
berkali² aku tersungkur
tapi ku gagahkan jua
ku tabahkan hati
ku kuatkan semangat
walau hati menangis
ku paksakan bibirku tersenyum
takkan sesekali aku menyerah
Tapi
kini aku lemah Ya Allah
benar² lemah dalam mencari sinar Mu
hati aku hancur
dalam mencari kebahagiaan
aku gagal dalam ujian Mu
aku gagal menjadi insan yang sempurna
dimata semua


kucing² meow² ku









cinta hati peneman sepi
:love
age - 5 month
3² jantan malaya
nakal + kuat makan
sangat unik
dodi ↝ paling besar and ekor dye paling panjang
iki ↝ saiz sederhana and ekor dye pon sederhana tak panjang tak pendek
kechix ↝ paling kecik and ekor paling pendek


 rindoo kamoo

Kebaikan susu ibu



❀ Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul .

❀ Sebaik selepas melahirkan , susu pertama kental berwarna kekuningan . Susu ini dinamakan kolostrum . Khasiatnya amat tinggi . Kandungan protiennya 3 kali ganda melebihi susu ibu biasa . Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih .

❀ Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit , selesema dan radang paru² . Ia bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi . 

❀ Mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betuk dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar . Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi . Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak . 

❀ Bersih dan bebas bakteria serta mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit . Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria .

❀ Susu ibu tersedia bila² masa dan sentiasa steril . Susu ibu tidak pernah rosak dan sentiasa segar .

❀ Mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi .

❀ Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak .

fakta semut



❀ Semut mengebumikan semut yang mati sepertimana manusia melakukannya .

❀ Mereka mempunyai sistem pembahagian tenaga kerja yang canggih seperti mempunyai pengurus , penyelia , mandur , pekerja dan lain² .

❀ Sekali-sekala semut² ini akan bertemu sesama sendiri untuk berbual . 

❀ Semut menggunakan sistem barter untuk pertukaran barangan keperluan . Proses ini dilakukan dipasar pertukaran barang untuk memudahkan mereka mencari barang yang diperlukan . 

❀ Semut juga menyimpan bijirin untuk tempoh yang panjang di musim sejuk . Jika bijirin mula bertunas , mereka memotong akarnya seolah² mengetahui jika dibiarkan tumbuh ia akan rosak . Jika bijirin yang disimpan ini basah akibat hujan , mereka akan mengangkutnya keluar ke cahaya matahari untuk dikeringkan . 

sebak dihati


serius aku sebak + sedih + terharu
aku t_t
search youtube about kucing
terpandang 1 video 
aku klik video tuh
uhuu
binatang pun tahu erti kasih sayang
tapi manusia ?
sanggup buang , bunuh , campak , hempas anak sendiri
kucing yang tak diberi akal tp mampu berfikir
sayang sesama sendiri
aku sedih tengok video ni


AKU SAYANG KUCING !!!!

papetah di pagi hari

:(
bosan da dengan design blog ni
takde mood pulak mau edit²
mau design blog cam yg tuh ! yg tuh ! yg tuh !
haa amek semua mau
tengok blog pun macam tak berseri je
:erx
arghhhhhhhh !!!!
bosan !!!!!
padam jugak kang blog ni 
baru tau 
pas tuh nanti sebok nak buat blog lagi
then pening lagi dan lagi
:manje
ermm~ apa mau buat ni

tahun baru + semangat baru = new life


welcome 2013
harap² tahun baru ni aku dapat kehidupan baru
kehidupan yang lebih bahagia
biarlah 2012 berakhir bersama kenangan yang pahit+kelat tuh
biar semua pengalaman berkubur
aku nak hidup dengan tenang pas ni
maybe dah sampai masa tuk aku berubah
jadi yang lebih baik dari sebelum² ni
in sya Allah

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...