Kebaikan susu ibu



❀ Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul .

❀ Sebaik selepas melahirkan , susu pertama kental berwarna kekuningan . Susu ini dinamakan kolostrum . Khasiatnya amat tinggi . Kandungan protiennya 3 kali ganda melebihi susu ibu biasa . Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih .

❀ Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit , selesema dan radang paru² . Ia bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi . 

❀ Mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betuk dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar . Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi . Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak . 

❀ Bersih dan bebas bakteria serta mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit . Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria .

❀ Susu ibu tersedia bila² masa dan sentiasa steril . Susu ibu tidak pernah rosak dan sentiasa segar .

❀ Mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi .

❀ Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak .

1 ulasan :

iza azmilia berkata...

selamanya susu ibu <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...