Takkan selamanya ..


Mungkn hari ini aku gagal
Tapi tak bererti aku gagal selamanya
Gagal tak bermaksud kalah
Gagal tak membawa erti tewas
Cuma perlukan masa untuk bangkit dari kegagalan

Jauh aku terpinggir
Hilang dari terangnya bulan
Tersembunyi disebalik awan gelap
Sukar untuk diungkapkan
Tapi itulah kenyataannya
Hidup aku kelam
Jiwa aku suram
Aku tewas dalam permainan dunia

Berharap esok aku akan bangkit
Menebus segala kegagalan
Meraih semua kejayaan
Dan aku yakin mampu
Hidup dengan penuh kemenangan


aku rindu dia ♥



blog kesayangan 
rindu nak menaip rindu nak meluah rindu nak merapu
setahun berlalu maybe lebih
sememangnya aku bukan penulis tegar haha
hari ni aku menaip sebab jari jemari rindu nak menekan keyboard
dan mungkin rindu nak meluahkan perasaan
dear blog ..
8.8.2015 aku kehilangan seseorang yang penting dalam hidup aku
dia seorang kakak , seorang sahabat dan seorang kawan disaat suka dan duka aku
walaupun mungkin masa kami terbatas bersama
tapi dia tetap penting dalam hidup aku
sebab dia faham aku
sebab kami sama-sama faham antara satu sama lain
memang pada zahirnya sifat dan sikap aku tak menunjukkan perasaan
walaupun jarang berjumpa dan kadang jarang bertanya khabar
aku tetap ingat kat dia
rindu kat dia
cuma tak terzahir dari perkataan dan perbuatan
terkilan ? sangat-sangat terkilan
pernah terdetik dihati
kenapa berat langkah nak pergi rumah dia
kenapa perasaan hati berbelah bagi
rasa macam ada yang menghalang
mungkin itu perancanganNya
memang aku akui disaat hayatnya sedang dihitung
aku makin jauh dari dia
dear blog..
aku rindu kat dia
rindu sangat-sangat
memang pada awalnya sukar nak terima pemergian dia
tapi aku terpaksa redha dengan ketentuanNya
siapalah aku nak menidakkan takdirNya
dan aku harus redha
aku kehilangan seorang sahabat yang memahami
tapi aku masih ada seorang sahabat yang selalu ada menemani
aku bersyukur sebab masih ada tempat nak berkongsi cerita dan perasaan
walaupun kami jauh tapi selalu dekat
dear blog ..
seumur hidup aku
inilah kali kedua aku terasa kehilangan
kehilangan yang berat tuk aku terima
tapi kehilangan kali ni lebih terasa
aku tak sanggup lagi nak kehilangan orang-orang yang aku sayang
yang rapat yang selalu ada dengan aku
tak dapat aku nak bayangkan
andai Tuhan ambil orang-orang yang paling aku sayang
memang mati itu pasti tapi aku tak kuat
tak ada siapa yang tahu isi hati aku
cuma Allah swt
dear blog ..
kadang rasa macam hidup ni tak adil dengan aku
kadang persoalan demi persoalan aku persoalkan
tapi aku buntu tiada jawapan
tapi aku tahu dan yakin
memang inilah takdir perjalanan hidup aku
setiap yang berlaku dalam hidup aku
pasti ada hikmah disebaliknya
In Shaa Allah
Al-Fatihah untuk arwah ibu (panggilan tuk arwah)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...