♡ rindu abah ! ♡


terlalu banyak rindu tersimpan dalam hati . rindu senyuman abah , gelak tawa abah , bila abah marah , tapi sebenarnya abah penyayang . tak pernah sekali pun abah jentik anak2 dia . marah pun sebab buat salah . tapi aku tak pernah pun kena marah . anak kesayangan huhu tapi dah kne sailang dengan adik2 so kesayangan tua lah haha hmm aku rindu masakan abah . aku rindu nak tengok abah tengok bola . meriah ..sampai mak pon terikut duk teman abah tengok bola . paling best bila gol . suka betul dia . tu lah detik yang aku rindu . tapi dah tinggal kenangan . tak sempat aku nak bagi kesenangan pada abah . abah dah pergi dulu . aku paling suka bila abah masak ikan masak terutup ..serius ..my kesukaan . tapi mana nak dapat lagi . mak kata masak sendiri .. mana nak sama dengan air tangan abah . masa abah masuk emergency tu sebenarnya adik aku pon baru check-in wad besalin . 8lebih malam abah meninggal . dia pon cm baru bukak sikit . dapat jugak keluar . kalau tak aku tak dapat bayangkan macam mana dia nak hadap sorang diri dalam wad tu . Alhamdulillah Allah permudahkan semua . adik aku pon takde gesa nak besalin . petang baru masuk balik . malam tu baby pon lahir . Allah ambil abah . Allah gantikan dengan anak sedara baru . tapi kesian abah . tak dapat tengok cucu baru dia  . kawan abah ada cerita , abah bagitau entah sempat ke tak dia nak tengok cucu baru dia . rupanya tak sempat . takpe abah . nanti dia dah besar , akak bawak dia jenguk abah . kehidupan aku tanpa abah ? lain jugak rasa . tiap minggu aku balik tuk jenguk abah mak dengan adik2 . tapi sekarang cuma dapat jenguk kubur abah je . takde dah nak melawak dengan abah . perubahan saat akhir abah memang takde sorang pon sangka tu tanda abah nak pergi . abah selalu suruh anak dia buatkan air . padahal selalunya abah buat sendiri kalau nak minum . paling ketara bila abah seboleh-boleh nak suruh buatkan kenduri tuk arwah kak iza . sebab mak nak buat kenduri bila adik habis pantang . tapi abah suruh jugak buat bulan 12 tu . tak sangka rupanya untuk tahlil dia jugak :'( sayangnya aku pada abah takkan dapat diungkap dengan kata-kata . dari kecik abah la yang manjakan aku . tak pernah abah tak penuhi permintaan aku . walaupun aku salah tapi abah tegur baik-baik . tak pernah pon abah cakap kasar dengan aku . aku rindu semua tentang abah . takkan ada pengganti tempat abah dalam hati aku . abah lah selamanya kekasih hati aku . sampai sekarang ni pon , aku anggap abah masih hidup , sebab dalam hati aku , abah tetap hidup selamanya . aku dapat rasa abah dekat dalam hati aku . Ya Allah ..semoga kau tempatkan abah disyurga-Mu ..ampunkanlah segala dosa-dosa abah ..aminn ..

                              

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...